awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden MAA Aishah Ahmad meninggal dunia di Jeddah

Sinar Harian
Sinar Harian
03/02/2023
06:19 MYT
Presiden MAA Aishah Ahmad meninggal dunia di Jeddah
Allahyarham merupakan Presiden MAA sejak tahun 2000. - Sinar Harian
SHAH ALAM: Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, 71, dilaporkan meninggal dunia di Jeddah pada 2 Februari.
DRB Hicom menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Presiden MAA itu kepada keluarga, rakan taulan dan rakan sekerja Allahyarhamah.
Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, kehilangan Datuk Aishah amat sukar diganti dan legasinya akan mencerminkan impak segala usaha yang dilaksanakan di dalam industri yang beliau sangat cintai.
“Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada industri dan seluruh masyarakat.
“Kepimpinan, visi, dan dedikasi beliau dalam menguruskan MAA telah memberi impak yang berkekalan kepada industri dan beliau akan dikenang sebagai pemimpin yang tidak mengenal erti penat lelah demi perkembangan dan pembangunan sektor automotif di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah Syed Faisal lagi, Allahyarham adalah seorang yang gigih dalam industri automotif dan telah memberikan sumbangan besar kepada industri permotoran Malaysia sepanjang kerjayanya.
“Semoga ALLAH merahmati rohnya dan menempatkannya di Jannah,” kata Syed Faisal.
Beliau merupakan Presiden MAA sejak tahun 2000.
Sebelum ini beliau memegang jawatan sebagai ketua Hal Ehwal Korporat Sime Darby Motors dan CEO Sime Darby Auto Imports Sdn Bhd.
Selepas pencen dari kedua-dua jawatan, beliau menjadi Perunding Kanan di Hyundai- Sime Darby Motors. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Presiden Persatuan Automotif Malaysia
#meninggal dunia
#Aishah Ahmad
#MAA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan