awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Palestin rakam terima kasih kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia

Bernama
Bernama
29/04/2024
09:12 MYT
Presiden Palestin rakam terima kasih kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia
Mohamad Hasan berkata perkara itu dizahirkan Abbas ketika mereka bertemu di Sidang Plenari Mesyuarat Khas WEF di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad. - Facebook Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
KUALA LUMPUR: Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu dizahirkan Abbas ketika mereka bertemu di Sidang Plenari Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi pada Ahad.
"Beliau minta sampaikan salam terima kasih rakyat Palestin kepada seluruh rakyat Malaysia," menurut Mohamad dalam catatan di laman Facebooknya.
Beliau kini berada di Riyadh untuk mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri Mesyuarat Khas WEF.
Menerusi satu catatan berasingan, Mohamad turut berkongsi mengenai pertemuan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Pakistan Mohammed Ishaq Dar di WEF.
"Dalam perbincangan, kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat agar Malaysia dan Pakistan mengukuhkan lagi hubungan dua hala melalui kerjasama sedia ada dan meneroka bidang kerjasama lain yang berpotensi.
"Saya juga sempat mengucapkan tahniah kepada Ishaq Dar atas pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Pakistan berkuat kuasa semalam," kata Mohamad.
Sementara itu, Kementerian Luar Pakistan dalam hantaran di platform X berkata pemimpin negara itu telah mengkaji semula hubungan dua hala dan bersetuju untuk menggalakkan pertukaran peringkat tinggi antara Pakistan dan Malaysia.
Menurut hantaran itu, Pakistan dan Malaysia juga bersetuju untuk memperluas kerjasama dalam perdagangan dan ekonomi, budaya serta pertukaran rakyat dengan rakyat semasa mesyuarat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#presiden Palestin
#Mahmoud Abbas
#pemimpin
#rakyat Malaysia
#perjuangan Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan