awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena diberi sambutan rasmi

Bernama
Bernama
16/12/2016
04:21 MYT
Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena diberi sambutan rasmi
Presiden Sri Lanka memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 103 pegawai dan anggota Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion 1. - Foto Bernama
Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena yang tiba semalam untuk lawatan tiga hari ke Malaysia, diberi sambutan rasmi di Perdana Putra di sini hari ini.
Sirisena yang tiba pada 10 pagi, disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Presiden Sri Lanka kemudian memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 103 pegawai dan anggota Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion 1.
Sirisena, yang diiringi Najib, kemudian diperkenalkan kepada barisan menteri Kabinet, pegawai kanan kerajaan dan diplomat asing yang hadir.
Najib dan Sirisena kemudian mengadakan perbincangan.
Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata kedua-dua pemimpin akan mengadakan mesyuarat dua hala yang memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk melihat hubungan sedia ada dan kerjasama bagi mengenal pasti potensi untuk kerjasama masa hadapan.
Lima memorandum persefahaman (MoU) akan dimeterai antara kedua-dua negara menyentuh hal berkaitan pelancongan, pembangunan belia, kebudayaan, seni dan warisan, pekerja asing dan juga kerjasama saintifik dan teknikal, katanya.
Wisma Putra berkata Malaysia dan Sri Lanka menikmati hubungan baik yang meliputi bidang perniagaan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan dan kebudayaan, sumber manusia, pembinaan keupayaan, belia dan sukan yang membawa manfaat bersama kepada kedua-dua negara.
Menurut kenyataan itu, lawatan tersebut akan memberi dorongan baharu kepada kerjasama dua hala yang akan mengukuhkan dan meningkatkan hubungan antara Malaysia dan Sri Lanka ke tahap yang lebih tinggi.
Ini merupakan lawatan sulung Sirisena ke Malaysia sejak memegang jawatan itu pada Januari tahun lepas.
Topic Berkaitan
#Maithripala Sirisena
#Perdana Putra
#Presiden Sri Lanka
#sambutan rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan