awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Uzbekistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Selasa

Bernama
Bernama
03/02/2025
09:45 MYT
Presiden Uzbekistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Selasa
Lawatan Shavkat Mirziyoyev dibuat atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan lagi hubungan.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Selasa, lapor Agensi Berita Nasional Uzbekistan (UzA).
Lawatan itu, yang dibuat atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan memberi tumpuan kepada usaha mengukuhkan lagi hubungan antara Uzbekistan dan Malaysia.
Jadual lawatan Presiden Mirziyoyev dipenuhi dengan pertemuan peringkat tinggi termasuk perbincangan dua hala dengan Anwar, pertemuan dengan eksekutif utama syarikat terkemuka Malaysia serta menghadiri forum perniagaan bersama.
Agenda perbincangan peringkat tinggi akan memberi tumpuan kepada pengukuhan hubungan dua hala dan kerjasama praktikal khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, inovasi, teknologi, petrokimia, elektronik, tenaga hijau, pertanian pintar dan pelancongan.
Kedua-dua pemimpin dijangka memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pertukaran budaya dan kemanusiaan, selain membincangkan isu utama politik antarabangsa dan kerjasama serantau.
Selepas lawatan itu, satu Kenyataan Bersama dijangka dikeluarkan, bersama pakej perjanjian komprehensif bagi memperkukuh kerjasama strategik antara Malaysia dan Uzbekistan.
Menjelang lawatan itu, beberapa acara persediaan diadakan di Malaysia, termasuk mesyuarat institusi penyelidikan utama, pembentangan mengenai potensi pelancongan serta warisan budaya Uzbekistan dan forum rektor universiti terkemuka dari kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Uzbekistan
#Shavkat Mirziyoyev
#lawatan rasmi ke Malaysia
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan