awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari

Bernama
Bernama
04/02/2025
21:30 MYT
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Pesawat yang membawa Presiden Shavkat Mirziyoyev dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada 8.30 malam tadi. - Gambar Bernama
SEPANG: Presiden Uzbekistan, Shavkat Mirziyoyev tiba di sini, malam tadi, untuk lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Pesawat yang membawa beliau dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.30 malam.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menyambut ketibaan Mirziyoyev dan delegasinya.
Sebaik tiba, Mirziyoyev memeriksa barisan kawalan kehormatan oleh 29 pegawai dan anggota daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Kapten Muhammad Asyraf Zulkifli.
Dalam lawatan ini, Mirziyoyev dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Anwar, bertemu eksekutif tertinggi syarikat terkemuka Malaysia dan mengambil bahagian dalam forum perniagaan bersama dan acara lain.
Esok, Mirziyoyev akan diberikan majlis sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya diikuti pertemuan dengan Perdana Menteri.
Kedua-dua pemimpin dijangka meneliti kemajuan hubungan dua hala Malaysia-Uzbekistan terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, industri halal, pendidikan, kesalinghubungan dan pelancongan susulan lawatan rasmi Anwar ke Uzbekistan pada Mei tahun lepas.
Seterusnya, kedua-dua pemimpin itu akan menyaksikan pertukaran tiga memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang kesihatan, sains forensik dan budaya.
Anwar dan Mirziyoyev dijadualkan menghadiri Forum Perniagaan Malaysia-Uzbekistan di Kuala Lumpur yang memberi peluang untuk meneroka kerjasama ekonomi dan mengukuhkan lagi hubungan perniagaan antara komuniti perniagaan kedua-dua negara.
Kedua-dua pemimpin juga akan menghadiri majlis makan malam yang dihoskan oleh Petronas.
Pada 2024, jumlah perdagangan Malaysia dan Uzbekistan menurun sedikit sebanyak 13.2 peratus kepada RM369.8 juta (US$80.9 juta) berbanding RM426.1 juta (US$94 juta) pada 2023. Imbangan dagangan memihak kepada Malaysia berjumlah RM360.3 juta (US$78.9 juta).
Pada 2024, Uzbekistan kekal sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Tengah. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Uzbekistan
#Shavkat Mirziyoyev
#lawatan rasmi
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan