Malang menimpa seorang bakal pengantin perempuan apabila muka dan badannya melecur gara-gara periuk tekanan atau pressure cooker meletup ketika memasak sup tulang.
Itu yang berlaku ke atas seorang pengguna Facebook yang juga seorang tukang jahit dan jurusolek sambilan, Siti Salmian, 24 tahun, beberapa minggu sebelum berlangsung majlis perkahwinannya.
"Haritu tekak ni teringin sangat nak makan sup tulang. Kebetulan pergi pasar ternampak la tulang-tulang tu jadi memang terus beli. Balik rumah macam biasalah kita masak nasi, siang apa yang patut untuk masak ni. Cakap pada mak, nak makan sup tulang... mak pun balas, 'nak kahwin kan, kenalah belajar masak sup tulang'.
"Kita pun rebus tulang-tulang daging lembu tu dalam pressure cooker macam biasa. Punyalah bodoh sangat ini, kita pun kunci periuk tu dan tiba-tiba tak tahu macam mana, mungkin perut ni lapar sangat pergilah dapur... tengok periuk tu usiklah pemegangnya, entah macam mana periuk tu meletup habis kena satu muka dan badan," tulisnya di Facebook.
Bagaimanapun dia menjelaskan, insiden yang berlaku itu bukan salah pressure cooker, sebaliknya, sikapnya yang tidak arif mengenai cara penggunaan yang betul periuk berkenaan.
"Kebodohan diri sendiri sebab memang tak 'google' (kaji di internet) cara guna macam mana (guna pressure cooker) dan nasib pejam mata masa tu kalau tak pejam mugkin mata pun kena sekali," tambahnya.
Dia juga sempat berkongsi betapa sakitnya selepas terkena air sup tulang yang masih panas itu.
"Masa kena sup panas tu, hanya Allah saja tahu betapa panasnya muka, tangan dan badan. Lepas kena memang terus tadah muka ni dekat air yang mengalir. Itu pon sebab kakak kita ni jururawat. Dia yang suruh dekat air yang mengalir sebab tak nak ada gelembung gelembung," tulisnya lagi.
Menurut doktor, mukanya lima peratus melecur atau gred 1, manakala di bahagian dada mengalami tahap gred 2 atau 10 peratus melecur.
Dalam pada itu, Siti Salmian semasa dihubungi Astro AWANI berkata, majlis perkahwinannya dengan Mohd Nur Redzuan, 29 tahun, tetap diteruskan pada 21 April ini.
"Ayat tunang yang paling terkesan pada saya ialah 'semua ni akan baik kerana setiap penyakit ada ubatnya. Awak akan sembuh nanti. Jangan risau dan jangan sedih'," ujarnya.
Kepada netizen, Siti Salmian mahu apa yang berlaku ke atas dirinya dijadikan iktibar dan taulan iaitu kalau mahu guna pressure cooker, sila 'google' atau paling tidak tengok Youtube dahulu.
Rahimah Abdullah
Mon Apr 02 2018
Kesan lecur pada wajah Siti Salmian selepas kejadian pressure cooker meletup pada 20 Mac lalu.-Gambar Facebook Siti Salmian
Kontroversi UM: Mahasiswa protes tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.