ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menzahirkan rasa puas hati dengan prestasi kerja Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan barisan exco kerajaan negeri.
Baginda yang memantau prestasi, menyifatkan prestasi dipamerkan mereka baik dan sempurna.
"Walaupun ada yang kurang berpengalaman, mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan kebolehan mereka.
"Kalau tidak faham tentang sesuatu perkara, mereka boleh datang dan tanya saya. Pegawai-pegawai tadbir negeri juga ada untuk membantu melicinkan segala tugas dan menyelaras segala program yang hendak dibuat," titah baginda ketika merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.
Sultan Ibrahim turut menekankan mengenai pengurusan kewangan kerajaan negeri, mempunyai kewangan kukuh dan tidak menanggung hutang yang banyak.
"Syabas saya ucapkan kepada kerajaan negeri yang berjaya rekodkan lebihan hasil pada tahun lepas berbanding baki defisit pada tahun sebelumnnya.Walaupun lebihan itu tidak besar, sekurang-kurangnya kita tidak belanja lebih daripada hasil yang kita kutip.
"Setiap jabatan juga mestilah patuh kepada arahan perbelanjaan yang berhemah dan langkah berjimat cermat serta pastikan semua perolehan dibuat dengan telus, tekun dan mengikut konsep 'value for money'," titah baginda.
Selain itu, Sultan Ibrahim menyifatkan gelaran pembangkang yang diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di pihak bukan kerajaan adalah kurang sesuai.
Baginda bertitah ia kerana mereka bukan hanya membangkang segala cadangan pihak kerajaan, tetapi mereka bertanggungjawab menjadi pengimbang dan pemeriksa terhadap tindakan kerajaan supaya tidak berbuat sesuka hati.
"Peranan mereka bukan hanya membangkang segala cadangan pihak kerajaan, tetapi mereka bertanggungjawab menjadi pengimbang dan pemeriksa terhadap tindakan kerajaan supaya tidak berbuat sesuka hati.
"Namun begitu, janganlah pula ada sikap balas dendam atau suka mencari salah kerajaan sahaja," titah baginda.
Baginda juga bertitah tiada masalah dengan pihak pembangkang dan mereka boleh menghadap dan memberi pendapat serta idea mereka kepada Sultan Ibrahim.
"Saya amat berharap agar keadaan politik yang stabil ini terus dikekalkan dan semua pihak bekerjasama demi rakyat dan Johor," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 16 2023
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan bertitah pada Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. - Foto BERNAMA
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Prestasi Onn Hafiz, barisan exco baik dan sempurna - Sultan Ibrahim
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini menzahirkan rasa puas hati dengan prestasi kerja Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan barisan exco kerajaan negeri.