awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prinsip MADANI untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia - Ramanan

Bernama
Bernama
22/10/2025
12:15 MYT
Prinsip MADANI untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia - Ramanan
PKR mengamalkan prinsip MADANI yang menekankan perpaduan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia, kata Naib Presidennya Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan. - Foto Facebook Ramanan Ramakrishnan
KOTA KINABALU: PKR mengamalkan prinsip MADANI yang menekankan perpaduan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia, kata Naib Presidennya Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan.
Beliau berkata PKR di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku presiden parti, juga sentiasa mengutamakan kesaksamaan dan keadilan untuk semua rakyat Malaysia tidak kira di Semenanjung atau di Sabah, dalam setiap dasar serta keputusan parti.
"(Pentadbiran) Perdana Menteri mengambil konsep MADANI. MADANI ini akan memastikan tidak ada sesiapa pun yang ketinggalan. Jadi usahlah nak cakap pasal parti Semenanjung ke, parti Borneo ke. Dia (Anwar) memang ada hati, dia ada niat untuk perbaiki dan meningkatkan taraf hidup bukan sahaja rakyat Sabah tetapi juga seluruh warga Malaysia," katanya.
Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri Program Aspirasi MADANI anjuran Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), di sini hari ini.
Program yang menghimpunkan lebih 300 usahawan dari kawasan Inanam itu, turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif AIM Datuk Shamir Aziz.
Ramanan berkata semangat kekeluargaan dan budaya saling membantu dalam PKR, turut terzahir dalam hubungan antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan yang perlu saling menyokong demi kemajuan bersama.
"Kalau abang tidak bantu kerajaan negeri, iaitu adik, buat masa ini, siapa yang akan jaga adik? Jadi yang penting kerajaan Persekutuan mesti bekerjasama dengan kerajaan negeri," katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen kerajaan Persekutuan yang memperuntukkan RM6.9 bilion kepada Sabah dalam Belanjawan 2026, sebagai bukti keprihatinan Perdana Menteri terhadap pembangunan di negeri itu.
Ramanan tiba di Sabah semalam untuk lawatan dua hari, termasuk menghadiri program rasmi kementerian serta program perjumpaan bersama anggota kepimpinan PKR bagi menghadapi PRN Sabah ke-17.
SPR menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN17 Sabah, manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 15 Nov dan pengundian awal pada 25 Nov.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#prinsip MADANI
#PKR
#Ramanan Ramakrishnan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan