awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Ayer Kuning: SPR sasar lebih 70 peratus keluar mengundi Sabtu ini

Bernama
Bernama
22/04/2025
02:55 MYT
PRK Ayer Kuning: SPR sasar lebih 70 peratus keluar mengundi Sabtu ini
Anggota polis menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning, di Dewan Anggerik Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, Tapah, hari ini. --fotoBERNAMA
TAPAH: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan lebih 70 peratus pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Sabtu ini.
Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun menasihatkan pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab lebih awal pada 26 April ini berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.
Beliau berkata bagi proses pengundian awal hari ini, pihaknya menyasarkan lebih 90 peratus daripada 500 pengundi terdiri daripada pegawai dan anggota polis serta pasangan akan menunaikan tanggungjawab mereka.
Ramlan berkata proses pengundian awal di dua pusat pengundian iaitu Dewan Rekreasi Pegawai Kanan Batalion 3, Pasukan Gerak Am (PGA) Bidor dan Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah yang dibuka serentak pada 8 pagi tadi berjalan lancar setakat ini.
"Setakat pukul 9 pagi tadi, 22.8 peratus pengundi awal telah keluar mengundi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Dewan Rekreasi Pegawai Kanan Batalion 3, PGA di sini hari ini.
Ramlan berkata kesemua 24 pengundi awal di IPD Tapah difahamkan telah selesai melaksanakan tanggungjawab mereka.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin akibat serangan jantung pada 22 Feb lepas.
Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS.
Kerusi DUN Ayer Kuning mempunyai 31,897 pengundi berdaftar, terdiri daripada 31,315 pengundi biasa dan 582 anggota polis serta pasangan mereka.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Ayer Kuning di sini
Topic Berkaitan
#PRK Ayer Kuning
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#DUN Ayer Kuning
#Ramlan Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan