awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Kajang: MCA perlu diberi peluang - Pemuda MIC

Bernama
Bernama
02/02/2014
08:15 MYT
PRK DUN Kajang: MCA perlu diberi peluang - Pemuda MIC
Pergerakan Pemuda MIC menyokong penuh agar calon MCA diletakkan sebagai wakil Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Selangor, kata ketuanya C. Sivarraajh.
Beliau berkata MCA wajar diberi ruang kerana parti itu kini melalui proses transformasi bersama kepimpinan baharu yang sesuai dengan kehendak rakyat terutamanya kaum Cina.
"Sebagai mengamalkan sikap setiakawan dalam gabungan Barisan Nasional, MIC komited sebulat suara menyokong penuh agar calon MCA diletakkan pada pilihan raya kecil ini," katanya dalam kenyataan di sini Ahad.
Dalam usaha memberi kemenangan kepada BN, beliau berkata sayap parti itu akan memberi fokus kepada golongan muda terutama dalam menerangkan isu-isu nasional serta situasi politik masa kini.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas anggota DUN itu Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan pada 27 Jan lepas, dan pakatan pembangkang menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon mereka jika pilihan raya kecil diadakan.
Sivarraajh berkata Pemuda MIC melihat peletakan jawatan Lee tanpa sebab munasabah itu sebagai memperlekehkan kepercayaan yang telah diberikan pengundi kawasan tersebut kepadanya pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara berkaitan kerusi DUN Kajang pada 5 Februari ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#BN
#DUN
#Kajang
#Khalid Ibrahim
#MCA
#pilihan raya kecil
#PKR
#PR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan