KUALA TERENGGANU: Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian bagi memudahkan semakan nama serta membantu kelancaran proses pengundian yang bakal berlangsung esok.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pengundi perlu menunjukan dokumen terbabit kepada kerani pengundian pertama (KP1) di tempat mengundi masing-masing.
Beliau berkata sebelum itu pengundi boleh membuat semakan awal maklumat seperti pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan melalui portal https://mysprsemak.spr.gov.my atau menghubungi talian hotline SPR di 03-8892 7018/7218/7124.
"Selain itu pengundi juga boleh menyemak maklumat itu melalui aplikasi MySPR Semak.
"Pengundi diingatkan supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain petugas pilihan raya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu Ikmalrudin berkata penggunaan telefon bimbit di saluran juga adalah dilarang dan pengundi yang membawa peralatan berkenaan perlu menyimpannya di tempat yang telah disediakan SPR.
Larangan lain termasuk memakai baju, topi, pelitup muka atau sebarang material yang mempunyai nama, lambang, simbol atau gambar parti serta calon yang bertanding.
"Kegagalan pengundi mematuhi peraturan atau undang-undang yang ditetapkan boleh menyebabkan mereka dilarang daripada memasuki pusat mengundi oleh petugas pilihan raya.
"Ia memandangkan tempoh rasmi berkempen tamat pada pukul 11.59 minit malam ini (Jumaat). Selepas tempoh itu semua pihak perlu menghentikan aktiviti berkempen termasuk merayu undi termasuklah di luar pusat mengundi dan di saluran laman sosial," katanya.
Dalam pada itu menurut Ikmalrudin seramai 2,102 petugas SPR akan bertugas di 49 pusat mengundi di Kemaman esok.
Beliau berkata semua proses semakan peralatan mengundi termasuk peti undi dan dakwat pilihan raya telah selesai dan diagihkan kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM) bagi setiap Tempat Mengundi (saluran).
Katanya pusat mengundi akan dibuka bermula 8 pagi hingga 6 petang atau mengikut waktu pusat mengundi diwartakan.
"Seramai 141,043 pengundi layak mengundi untuk PRK Kemaman dan sebanyak 244 saluran akan dibuka di 49 lokasi pusat mengundi esok.
"SPR menasihatkan orang pengundi supaya tidak menunggu saat-saat akhir untuk keluar mengundi. Majikan pula diingatkan supaya memberikan tempoh munasabah untuk pekerja keluar mengundi," katanya.-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
Ikmalrudin berkata pengundi perlu menunjukan dokumen terbabit kepada KP1 di tempat mengundi masing-masing. - Gambar fail/Bernama
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Mayat reput ditemukan di Jalan Rawang Bypass disahkan lelaki tempatan
Mayat tersebut dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian serta memakai topi keledar.
Banjir: JPN buka kaunter, bas bergerak ganti dokumen hilang secara percuma
Penggantian dokumen secara percuma itu termasuk bagi sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang.
Tentera upahan: PDRM masih tunggu maklum balas Kedutaan Rusia - KPN
PDRM masih menunggu maklum balas daripada pihak Kedutaan Rusia berhubung dakwaan tersebut.
Polis siasat kesahihan kad pengenalan, lesen memandu ditemukan di Ukraine - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kesahihan maklumat berhubung dakwaan penemuan kad pengenalan dan lesen memandu Malaysia dipercayai milik rakyat negara ini di Ukraine.
Tujuh tahun ulang-alik JPN, wanita lega anak angkat dapat dokumen pengenalan diri
Selepas tujuh tahun berusaha mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk anak angkat perempuannya, seorang wanita menarik nafas lega apabila berjaya memperoleh kad pengenalan hari ini.
Gani Pelangi akhirnya miliki sijil kelahiran pada usia 44 tahun
Penantian masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Keniam, Ulu Tembeling di sini untuk memiliki sijil kelahiran akhirnya tercapai.
Turkiye rancang ambil cap jari individu yang memasuki negara - Laporan
Turkiye merancang untuk melaksanakan projek yang mewajibkan pengambilan cap jari semua individu yang memasuki negara itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi diingatkan bawa kad pengenalan esok
Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), diingatkan untuk membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian, bagi memudahkan semakan nama serta memba
Suspek kes tembak di KLIA miliki empat kad pengenalan individu lain
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dikatakan mempunyai empat kad pengenalan milik individu lain bersamanya.
Warga emas beri maklumat palsu mohon kad pengenalan dipenjara, denda
Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara dan denda selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memberi maklumat palsu ketika membuat permohonan kad pengenalan.