awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK KKB: Polis buka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan diterima

Bernama
Bernama
05/05/2024
13:30 MYT
PRK KKB: Polis buka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan diterima
Sasikala Devi berkata sepanjang tempoh itu, pihaknya telah meluluskan sebanyak 57 permit kempen dan 40 permit ceramah. - Gambar fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Polis menahan dua individu dan membuka dua kertas siasatan daripada tujuh laporan yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, yang bermula 27 April lepas hingga semalam.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata dua kertas siasatan itu masing-masing di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM) 1998 yang melibatkan ubah suai logo UMNO iaitu lambang keris diganti roket dan meletakkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kenderaan.
"Dua tangkapan itu melibatkan lelaki warga tempatan kerana kes meletakkan gambar Yang di-Pertuan Agong pada kenderaan.
"Lima lagi laporan adalah melibatkan kes-kes yang tidak mempunyai unsur jenayah dan dirujuk kepada repot yang sama serta tindakan pencerahan oleh polis Hulu Selangor," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sasikala Devi berkata sepanjang tempoh itu, pihaknya telah meluluskan sebanyak 57 permit kempen dan 40 permit ceramah.
Beliau sekali lagi mengingatkan calon serta parti politik terlibat supaya berkempen secara berhemah dengan tidak menyentuh isu 3R iaitu raja, kaum dan agama.
Calon yang melanggar perkara itu, katanya boleh disiasat di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 AKM 1998.
Tempoh berkempen bagi PRK DUN KKB adalah 14 hari iaitu bermula 27 April hingga 10 Mei ini, manakala hari pengundian pada 11 Mei.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Kuala Kubu Baharu di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kuala Kubu Baharu
#kertas siasatan
#laporan
#Polis Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan