Polis menerima laporan mengenai dua orang paraglider yang berlegar-legar di ruang udara ketika proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar berlangsung di Dewan Jubli Perak, di sini semalam.
Jurucakap polis bagi PRK Kuala Kangsar ACP Shaharon Anuar Abdul Latiff berkata hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kelulusan penerbangan paraglider dikeluarkan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
"Perkara ini telah disahkan oleh pegawai bertugas di Pusat Kawalan Trafik Udara, Ipoh dan tiada sebarang 'notice to airmen' (NOTAM) dikeluarkan oleh pihak DCA Putrajaya.
"Usaha untuk mengesan suspek yang menerbangkan paraglider sedang dijalankan," katanya yang juga Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, dalam satu kenyataan media di sini pada Isnin.
Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Peraturan 143 Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Dalam pada itu, Shaharon Anuar berkata situasi keselamatan di sekitar Kuala Kangsar adalah tenang dan terkawal tanpa sebarang insiden yang menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.
Katanya sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan untuk mengadakan ceramah daripada parti-parti yang bertanding.
Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya berkempen secara sopan dan tidak keterlaluan sepanjang kempen pilihan raya diadakan.
"Hanya calon bertanding atau agen calon sahaja dibenarkan membuat permohonan permit aktiviti kempen dan perlu mematuhi arahan polis.
"Mereka juga perlu mengelak perlakuan provokasi atau menggunakan kata-kata kesat serta membangkitkan isu sensitif seperti isu perkauman dan keagamaan terhadap mana-mana individu sepanjang masa berkempen," katanya.
Bernama
Tue Jun 07 2016
Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kelulusan penerbangan paraglider dikeluarkan oleh pihak DCA. -Gambar fail
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
Niaga AWANI: Airasia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.fernandes, bursa Malaysia.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, firma swasta dengan 35% pegangan milik
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) telah melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOT, KHAZANAH, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB
Jelas Perdana Menteri, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City
Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
PRK Kuala Kangsar: Paraglider tiada kebenaran DCA - Polis
Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kelulusan penerbangan paraglider dikeluarkan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA).