JOHOR BAHRU: Cadangan untuk menambah baik program Jualan Rahmah boleh dipertimbang menerusi penambahan lokasi jualan di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi khususnya kumpulan B40.
Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat berkata, beliau akan mengemukakan cadangan tersebut kepada Kerajaan Perpaduan sebagai usaha membantu rakyat.
Ini sekali gus meneruskan kesinambungan inisiatif yang diperkenalkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
"Kita tumpu di kawasan-kawasan yang berkepadatan tinggi yang ramai kumpulan B40. Jadi kita lihat kawasan-kawasan sebelum ini memang tertumpu kepada kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
"(Di Parlimen Pulai) kita ada empat PPR utama iaitu PPR Perling; PPR Melana Indah; Uda Utama; dan Kempas Permai. Itu lokasi yang jadi tumpuan setakat ini.
"Kalau tambahan itu, mungkin satu atau dua tempat lagi yang ada ramai warga B40 tinggal," katanya ketika ditemui selepas tinjauan mesra Jualan Rahmah di PPR Perling, di sini pada Rabu.
Bermula Ogos lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan program Jualan Rahmah dua kali sebulan di 640 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara.
Jualan Rahmah yang dilancarkan pada 11 Januari lalu adalah konsep jualan murah di bawah inisiatif Payung Rahmah, khusus untuk golongan B40.
Mengulas lanjut, Suhaizan yang juga Setiausaha Politik kepada Allahyarham Salahuddin, berkata, tambah baik juga boleh dilakukan dari segi jenis barangan jualan, yang mana ketika ini Jualan Rahmah lebih memfokuskan kepada barangan asas.
Dalam masa yang sama, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) itu memaklumkan jika diberikan mandat kelak, beliau akan turut menaik taraf serta menyediakan kemudahan infrastruktur sukan di kawasan Parlimen Pulai dalam usaha menggalakkan aktiviti sihat khususnya dalam kalangan belia.
"Selain itu, peluang pekerjaan untuk beliau kerana mereka tumpu bekerja di Singapura ketika ini dan apabila Menteri Besar Johor (Datuk Onn Hafiz Ghazi) memaklumkan negeri ini antara yang menerima pelaburan terbaik, maka ia akan memberikan peluang pekerjaan yang lebih baik.
"Dengan itu, ia akan meningkatkan pendapatan pekerja khususnya anak-anak muda di kawasan Pulai," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Wed Sep 06 2023
Jualan Rahmah yang dilancarkan pada 11 Januari lalu adalah konsep jualan murah di bawah inisiatif Payung Rahmah, khusus untuk golongan B40. - Gambar fail
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jualan Rahmah akan diperbanyak termasuk di kawasan berisiko banjir - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperbanyak program Jualan Rahmah termasuk di kawasan berisiko banjir.
Majoriti responden mahu Payung Rahmah dikekalkan - Fuziah
Sebanyak 81 peratus daripada 1,600 responden berpuas hati dengan pelaksanaan program Payung Rahmah yang meliputi inisiatif Bakul Rahmah, Jualan Rahmah dan Pakej Rahmah.
Jualan Rahmah rekod lebih 9 juta pengunjung tahun lepas
Seramai 9.2 juta pengunjung direkodkan pada 6,870 program Jualan Rahmah yang diadakan di seluruh negara pada tahun lepas.
Jualan Rahmah dua kali sebulan di Perak
Terdapat tiga cara pelaksanaan Jualan Rahmah, iaitu dalam premis (pasar raya), luar premis (kawasan terbuka) dan lori bergerak.
Jualan Rahmah bantu rakyat buat persediaan sambut puasa
Pembeli yang ditemui memberitahu, Jualan Rahmah menjadi platform yang membantu menjimatkan perbelanjaan golongan B40.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu Jualan Rahmah
Seorang penjawat awam wanita ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah selepas disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkaitan program Jualan Rahmah, tahun lepas.
Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 23 hingga 27 Dis
KPDN akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena sambutan Krismas berkuat kuasa 23 hingga 27 Dis ini.
KPDN tambah baik pelaksanaan Jualan Rahmah tahun depan - Armizan
KPDN komited untuk menambah baik inisiatif Program Jualan Rahmah sebagai usaha memastikan manfaatnya terus dinikmati golongan sasar di seluruh negara pada tahun depan.
Barang keperluan masih ada, mudah diperolehi di Pasir Gudang - KPDN
Pemeriksaan dijalankan KPDN Johor di beberapa premis di Pasir Gudang mendapati tidak timbul isu kekurangan bekalan barang keperluan.
Orang ramai harap Jualan Rahmah diadakan lebih kerap, dapat berjimat
Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barang keperluan di Program Jualan Rahmah kerana harganya lebih murah dan mudah dapat bekalan.