awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK: SPRM lancar dua bilik gerakan bagi aduan rasuah

Bernama
Bernama
26/08/2023
07:42 MYT
PRK: SPRM lancar dua bilik gerakan bagi aduan rasuah
SPRM dalam kenyataan hari ini berkata kedua-dua bilik gerakan itu beroperasi 24 jam bermula hari ini hingga 9 Sept. -Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan dua bilik gerakan di Johor bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
SPRM dalam kenyataan hari ini berkata kedua-dua bilik gerakan itu beroperasi 24 jam bermula hari ini hingga 9 Sept.
Bilik gerakan bagi pejabat SPRM Johor boleh dihubungi dengan menelefon 07-2316000, manakala bilik gerakan pejabat SPRM cawangan Batu Pahat menerusi talian 07-4321982.
SPRM berkata orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 010-8414384.
SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#dua bilik gerakan di Johor
#rasuah dan salah guna kuasa
#PRK Parlimen Pulai
#PRK DUN Simpang Jeram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan