awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
06/07/2024
01:10 MYT
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi. - Astro AWANI
NIBONG TEBAL: Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Abidin Ismail selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri pada jam 8.20 pagi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Bakap hari ini.
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
"Alhamdulillah saya dah selesai mengundi pada pagi ini, harap semua berjalan lancar, pengundi pun ramai yang datang awal pagi hari ini, harap semua dapat keluar ramai- ramai mengundi, saya akan melawat disemua kawasan pusat pengundian selepas ini" katanya ketika ditemui di luar perkarangan SK Sg Duri.
Terdahulu, Abidin sempat bertemu dan memohon restu ibunya, Che Refiah Zakaria, 79, sebelum mengundi.
Mesra disapa Abang Abidin, beliau turut bertanya khabar dan kesihatan ibunya yang turut hadir mengundi di situ.
Sementara itu, Calon Pakatan Harapan (PH) Joohari Ariffin tidak membuang undi kerana bukan pengundi berdaftar di DUN Sungai Bakap.
PRK Dun Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Joohari Ariffin dan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).
Pilhan raya kecil kawasan itu diadakan semula susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal mewakili PN diangkat menjadi wakil rakyat selepas menewaskan calon PH Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.
Dapatkan informasi terkini PRK Sungai Bakap di sini
Topic Berkaitan
#PRK Sungai Bakap
#Abidin Ismail
#mengundi
#SK Sg Duri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan