NIBONG TEBAL: Penyokong kedua-dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap diingatkan agar sentiasa beradab dan berkelakuan baik dalam media sosial khususnya ketika melakukan siaran langsung (live) sepanjang tempoh kempen yang bermula hari ini.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ia bagi mengelakkan penyokong mana-mana parti politik mengeluarkan komen bersifat jelik dan melanggar undang-undang termasuk menyentuh isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja).
"Kerisauan kita ialah orang yang mungkin menggunakan akaun palsu untuk cuba mengeruhkan keadaan atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak baik.
"Ramai yang beranggapan kalau dia masuk komen dalam Facebook Live, TikTok Live contohnya, maka tiada kesan kepada dia ... kita hendak maklumkan bahawa pemantauan ini berjalan dan sekiranya ada pihak tertentu, penyokong dari mana-mana pihak menyalahgunakan platform ini, pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan mengambil tindakan," katanya.
Beliau ditemui pemberita ketika hadir memberikan sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan Dr Joohari Ariffin pada penamaan calon PRK DUN Sungai Bakap di sini hari ini.
Selain itu, Fahmi memaklumkan MCMC akan berhubung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan tiada isu masalah Internet pada hari pengiraan undi PRK DUN Sungai Bakap 6 Julai ini bagi memudahkan urusan pelaporan pengamal media.
Katanya, hal ini berikutan beliau telah menerima aduan beberapa pihak media mengenai masalah Internet di pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini pagi tadi.
Sementara itu, Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) menyangkal dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi Mohd Hafez Sabri kononnya PH menggunakan jentera kerajaan bagi PRK DUN Sungai Bakap.
"Ini dakwaan yang liar kerana tempoh PRK baru sahaja bermula dengan tamatnya penamaan calon sebentar tadi, jadi arahan daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ialah menteri-menteri dan pihak kerajaan negeri perlu berhati-hati dan waspada, jangan menyalahgunakan jentera kerajaan untuk berkempen," katanya.
PRK DUN Sungai Bakap yang membuka tirai dengan rasminya hari ini, menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH Dr Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan pada 6 Julai, manakala pengundian awal pada 2 Julai.
Kerusi DUN Sungai Bakap yang mempunyai 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis kosong berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024
Fahmi (tengah) bercakap kepada media semasa menghadiri pusat penamaan calon di Dewan Serbaguna Sungai Jawi, hari ini. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MCMC diminta teliti semula reka bentuk tapak menara JENDELA - Fahmi
Fahmi berkata ini berikutan terdapat sesetengah menara yang menjadi mangsa vandalisme dan juga terlibat dengan bencana banjir.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
RUU MCMC ditangguhkan, dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024 ditangguhkan bagi memberi ruang kepada semua pihak berkaitan untuk memperhalusi dan meneliti perkara tersebut.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.