awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sungai Bakap: Polis lulus tiga permit ceramah

Bernama
Bernama
23/06/2024
08:14 MYT
PRK Sungai Bakap: Polis lulus tiga permit ceramah
Polis meluluskan tiga permit ceramah pada hari kedua kempen sempena PRK DUN Sungai Bakap, hari ini.
NIBONG TEBAL: Polis meluluskan tiga permit ceramah pada hari kedua kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, hari ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata kesemua permit itu diluluskan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Chong Boo Khim dan setakat ini tiada permohonan permit yang ditolak.
"Sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kes melibatkan PRK dan pihak polis sekali lagi menasihatkan semua pihak agar tidak menimbulkan provokasi kepada mana-mana pihak sepanjang tempoh berkempen.
"Pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan dan undang-undang termasuk melakukan khianat atau merosakkan bahan-bahan kempen seperti banner, poster, bendera parti dan sebagainya," katanya dalam kenyataan hari ini.
PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) iaitu bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin dan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK berkenaan pada 6 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK Sungai Bakap
#permit ceramah
#polis pulau pinang
#pilihan raya kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan