Beberapa jalan utama di Sungai Besar akan ditutup bagi memberi laluan kepada calon dan penyokong parti bertanding pada hari penamaan calon 5 Jun ini.

Pengguna kenderaan dari arah Sekinchan yang menggunakan Jalan Teluk Intan-Klang akan dilencongkan ke Jalan Abu Samah manakala bagi pengguna dari arah Sabak Bernam akan dilencongkan ke Jalan Menteri .

Kesemua kenderaan akan dilencongkan memasuki Pekan Sungai Besar.

Kesemua parti bertanding telah dimaklumkan bagi laluan masing- masing untuk mengelakkan pertembungan dan kesesakan.

Perkara dimaklumkan Pengarah Perhubungan Media PRK Sungai Besar, ACP Khalil Ariffin dalam satu sidang media di sini pada Jumaat.