awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mengenai ‘hari bahagia’ dengan Bella Astillah, ini jawapan Syed Saddiq: "Soal ini adalah antara dua keluarga”
Leona rasa sudah tiba masa berumah tangga, doa agar jumpa jodoh tahun depan - “Ramai kawan dah kahwin, saya cemburu”
Myanmar jalankan pilihan raya pertama selepas lima tahun di bawah pemerintahan tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Tanjung Piai: 42 permit tinjauan mesra diluluskan pada hari pertama kempen

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
14/11/2019
05:34 MYT
PRK Tanjung Piai: 42 permit tinjauan mesra diluluskan pada hari pertama kempen
Datuk Liew Vui Keong berkata, isu pengeluaran permit juga sudah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada ejen dan wakil calon dalam satu mesyuarat sebelum ini. - Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meluluskan sebanyak 42 permit kempen bersama pengundi pada hari pertama pengumuman penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata, isu pengeluaran permit juga sudah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada ejen dan wakil calon dalam satu mesyuarat sebelum ini.
"Walaupun tiada kuasa khusus berkaitan dengan penetapan syarat kepada permit yang dikeluarkan di bawah Seksyen 24B(3) Akta 5, pihak PDRM mempunyai kuasa tersirat untuk menetapkan syarat kepada permit tersebut di bawah Seksyen 40 Akta Tafsiran 1948/1967 (Akta 388) iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan permit boleh mengenakan syarat-syarat yang munasabah,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) mengenai amalan keperluan permit dalam kempen tinjauan mesra semasa pilihan raya.
Dalam pada itu kata Vui Keong, tujuan permohonan permit tersebut adalah untuk memudahkan urusan pemantauan kempen pilihan raya serta memastikan perkara berkaitan keselamatan dititikberatkan.
Jelasnya, syarat-syarat yang ditetapkan dalam permit polis tersebut bukanlah suatu peraturan baharu yang dibuat oleh SPR di bawah Seksyen 16 dan 17 Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19).
Tambahnya, sehingga 13 November, sebanyak 562 permit di mana sebanyak 101 permit merupakan permohonan untuk kempen walkabout melibatkan parti-parti politik serta calon bebas yang bertanding di Tanjung Piai.
Ujarnya, sebahagian daripada permohonan permit itu dibuat dan diluluskan sejak hari pertama kempen pilihan raya bagi PRK itu sebelum isu itu sendiri berbangkit kini.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman Said
#calon
#kempen
#Liew Vui Keong
#PDRM
#permit
#pilihan raya kecil
#Polis Diraja Malaysia
#PRK Tanjung Piai
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Tanjung Piai Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan