awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 2,829 anggota, pegawai polis bertugas pada penamaan calon di P.Pinang

Bernama
Bernama
23/07/2023
08:15 MYT
PRN: 2,829 anggota, pegawai polis bertugas pada penamaan calon di P.Pinang
Khaw Kok Chin mengadakan sidang media mengenai persiapan anggota polis bagi menghadapi hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 29 Julai ini di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang hari ini. --fotoBERNAMA
GEORGE TOWN: Seramai 2,829 pegawai dan anggota polis akan bertugas pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang Sabtu ini bagi memastikan keselamatan terpelihara, dan tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang tempoh berkenaan.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata kesemua pegawai dan anggota itu akan ditugaskan di 23 pusat penamaan calon yang telah ditetapkan bagi memastikan tiada elemen yang boleh mencetuskan kegusaran awam berlaku.
Beliau berkata pihaknya turut melantik pegawai pemantau PRN di setiap daerah bagi memastikan proses penamaan calon berjalan dengan lancar dan tindakan segera dapat diambil dalam menghadapi apa jua kemungkinan nanti.
"Kita harap semua pihak akan mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak polis sepanjang proses penamaan calon berlangsung,'' katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini hari ini.
Khaw berkata pihaknya turut menlancarkan Ops Cantas sejak dua hari lepas, yang akan berterusan sehingga selesai PRN bagi memantau jika terdapat mana-mana pihak termasuk geng kongsi gelap dan gangster cuba menimbulkan kekacauan atau mencetuskan provokasi.
Beliau seterusnya menasihatkan semua penyokong bagi parti-parti politik yang bertanding agar mematuhi nasihat, peraturan dan arahan yang telah ditetapkan oleh SPR serta pihak polis sepanjang tempoh berkenaan.
SPR menetapkan PRN di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu diadakan serentak dengan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian, dan Sabtu ini sebagai hari penamaan calon.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Pulau Pinang
#Khaw Kok Chin
#anggota polis bertugas
#pusat penamaan calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan