awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Kira-kira 3,000 anggota polis bertugas pada hari penamaan calon

Bernama
Bernama
20/02/2022
06:52 MYT
PRN Johor: Kira-kira 3,000 anggota polis bertugas pada hari penamaan calon
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya akan menambah anggota ketika tempoh berkempen mengikut keperluan. - Gambar fail
MERSING: Kira-kira 3,000 anggota dan pegawai polis akan ditugaskan pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu depan bagi memastikan proses berkenaan berjalan lancar.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya akan menambah anggota ketika tempoh berkempen mengikut keperluan.
"Semua pihak diminta mematuhi peraturan dan mengikuti nasihat serta arahan yang diberikan pasukan polis yang bertugas supaya ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya kepada pemberita selepas program Dialog Ketua Polis Johor bersama Warga Felda Tenggaroh di Tanjung Leman di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian PRN Johor pada 12 Mac manakala 8 Mac ditetapkan untuk pengundian awal.
Dalam perkembangan lain, Kamarul Zaman berkata 58 individu disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah ditahan dalam Op Tapis yang dijalankan bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Mersing di sekitar Felda Tenggaroh di sini.
"Dalam operasi selama dua hari berakhir semalam, kebanyakan mereka terdiri daripada generasi kedua dan ketiga FELDA, disyaki mengambil dadah jenis syabu atau 'Ice' dan hasil siasatan kita mendapati terdapat penagih tegar dan juga penagih baharu," katanya.
Menurutnya polis juga mengesan kegiatan penagih dadah yang mencuri kelapa sawit berikutan kenaikan harga komoditi itu bagi membeli dadah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Johor Memilih
#anggota polis bertugas
#Kamarul Zaman Mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan