awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Maszlee nafi terlibat rasuah, dakwa 'pembunuhan karakter'

Firdaus Azil
Firdaus Azil
31/01/2022
02:17 MYT
PRN Johor: Maszlee nafi terlibat rasuah, dakwa 'pembunuhan karakter'
MASZLEE: Saya mengalu-alukan sebarang siasatan kerana tiada apa yang perlu disembunyikan. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Bekas menteri pendidikan Dr Maszlee Malik menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dalam sebarang aktiviti rasuah, seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Simpang Renggam itu menyifatkan dakwaan itu sebagai satu rekayasa berbaur fitnah.
Tegasnya, dakwaan itu jelas satu usaha pembunuhan karakter terhadap beliau menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal berlangsung.
“Saya melihat perkara ini sebagai satu usaha pembunuhan karakter berunsur jahat (mala fide) oleh pihak tertentu terhadap saya menjelang PRN Johor dan komitmen saya terhadap isu-isu pendidikan.
“Saya mengalu-alukan sebarang siasatan kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.
"Hidup dan perjuangan saya adalah untuk memperjuangkan pendidikan, nasib orang kurang upaya (OKU), nasib masyarakat miskin, kebajikan rakyat Simpang Renggam dan integriti bagi negara kita yang tercinta,” katanya lagi.
Penyangkalan Dakwaan Rasuah Membabitkan Maszlee Malik. Berhubungan dakwaan rasuah yang melibatkan diri saya ditimbulkan oleh pihak tertentu. Saya mengalu-alukan sebarang siasatan, tiada apa yang perlu saya sembunyikan. Daripada Rakyat Kepada Rakyat.#simpangrenggamdihatiku pic.twitter.com/3XtSfbfX2p
— Maszlee Malik (@maszlee) January 30, 2022
Baru-baru ini, portal Malaysiakini memetik sumber sebagai berkata, siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah berhubung dakwaan rasuah membabitkan Maszlee semasa beliau menjadi menteri pendidikan dari 2018 hingga awal 2020.
Maszlee didakwa menerima wang daripada pembekal kementerian berkenaan yang kemudiannya digunakan untuk aktiviti politik.
Beliau juga didakwa menerima sebuah kereta jenis Toyota Vellfire daripada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan kementerian tersebut.
BACA: Maszlee dakwa pegawainya 'ditekan' SPRM
Pendidikan lebih berdosa daripada rasuah?#simpangrenggamdihatiku pic.twitter.com/7dOwFdUKG1
— Maszlee Malik (@maszlee) January 30, 2022
Semalam, SPRM dalam kenyataannya menegaskan, proses siasatan dijalankan setelah terdapat aduan rasmi berhubung sesuatu kesalahan rasuah dan penyelewengan sebagaimana peruntukan undang-undang.
"SPRM telah menerima dua aduan terhadap Ahli Parlimen berkenaan dan sedang menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.
"SPRM tidak akan tunduk kepada tekanan dari mana-mana pihak untuk mengalihkan isu rasuah dan penyelewengan dengan pelbagai tekanan yang sengaja dibuat," katanya.
BACA: SPRM nafi lakukan intimidasi terhadap Maszlee
Topic Berkaitan
#Maszlee Malik
#PRN Johor
#pembunuhan karakter
#rasuah'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan