Skip to main content

Malaysia

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi awal cecah 82 peratus setakat 1 tengah hari

MUAR, 26 Jun -- PPengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun menjawab pertanyaan media selepas meninjau persiapan pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani di Dewan Tanjung, Bangunan Istana Tanjung hari ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ramlan berkata, SPR mengekalkan unjuran peratusan keluar mengundi awal sekitar 96 peratus, berdasarkan pencapaian pada pilihan raya sebelum ini. - Gambar fail
Advertisement

KLUANG: Peratusan keluar mengundi bagi pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencecah 82 peratus setakat jam 1 tengah hari, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun.

Beliau berkata, seramai 25,607 pemilih berdaftar bagi pengundian awal PRN Johor kali ini, termasuk 4,144 pengundi pos.

Menurutnya, sebanyak 64 pusat mengundi awal dibuka di seluruh Johor bermula jam 8 pagi, dengan 29 pusat mengundi ditutup pada jam 12 tengah hari, lima lagi (2 petang), manakala baki 28 pusat mengundi (5 petang).

Ramlan berkata, SPR mengekalkan unjuran peratusan keluar mengundi awal sekitar 96 peratus, berdasarkan pencapaian pada pilihan raya sebelum ini.

"Kalau ikut pada pencapaian sebelum ini, undi awal ini boleh mencapai sehingga 96 peratus dan kami mengekalkan unjuran tersebut," katanya pada sidang media di Kem Angkatan Tentera Malaysia di Mahkota, Kluang pada Selasa.

Hari pengundian awal PRN Johor berlangsung hari ini membabitkan anggota tentera, polis serta pasangan masing-masing yang layak mengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Julai sebagai hari pengundian bagi PRN Johor, manakala pengundian awal berlangsung pada hari ini.
 

Must Watch Video

Advertisement