JOHOR BAHRU: Rakyat tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac depan walaupun berlakunya peningkatan kes COVID-19 ketika ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata meskipun terdapat banyak kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika tempoh berkempen, namun susun atur proses pengundian dan SOP yang ditetapkan mampu mengawal penularan wabak COVID-19.
"Tidak perlu ada rasa takut dan bila nak pergi mengundi mungkin ada proses ujian kendiri, malah pusat undi ada ruang khusus sekiranya (ada yang) positif (COVID-19)... di peringkat pihak berkuasa telah susun atur mengikut SOP dan norma baharu dalam mengendalikan PRN Johor.
"Insya-Allah, semuanya akan berjalan baik dan terkawal," katanya pada sesi soal jawab ketika program Bicara Keluarga Malaysia di Dewan Auditorium RTM Johor di sini hari ini.
Beliau ditanya oleh seorang hadirin mengenai SOP berkempen dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memberi lebih banyak kelonggaran berbanding PRN sebelum ini walaupun berlaku peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini.
Penganjuran ceramah, syarahan dan kempen secara fizikal dan ziarah rumah ke rumah dibenarkan sepanjang 14 hari tempoh berkempen PRN Johor.
Menurut SOP dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ceramah dan kempen hanya dibenarkan di pejabat parti dan bilik gerakan parti yang rasmi dengan kehadiran tidak melebihi 100 orang, manakala bagi kempen ziarah rumah ke rumah, penyertaan tidak melebihi lima orang.
Mengulas lanjut, Annuar berkata rakyat perlu memahami bahawa negara ini sedang beralih ke fasa endemik yang bermakna kehidupan termasuk sistem demokrasi perlu kembali seperti biasa namun dengan amalan norma baharu.
"Banyak kelonggaran dibenarkan seperti ceramah, kempen dan ziarah rumah ke rumah berdasarkan SOP yang ditetapkan. Ini maknanya kita mesti kembali kepada keadaan biasa tetapi dengan norma baharu dan pilihan raya adalah sebahagian proses dituntut dalam Perlembagaan.
"Sekiranya, berkempen tidak boleh maka cacatlah proses demokrasi itu. Kita perlu bergerak ke arah biasa tetapi dengan norma baharu. Kalau perkara itu difahami maka pengundi tidak perlu takut," jelasnya.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Annuar sekali lagi mengulangi bahawa kerajaan bersikap terbuka dalam mengizinkan media rasmi kerajaan dijadikan medium memperkenalkan calon parti bertanding termasuk pihak pembangkang.
"Soal berkempen itu ada lagi medium-medium lain yang boleh digunakan termasuk media sosial. Kita ambil kira pandangan diberikan tetapi buat masa ini, belum lagi kempen secara langsung melalui RTM," katanya.
Semalam, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada majlis pengumuman calon zon tengah dan zon timur berkata parti pembangkang masih belum diberi ruang untuk menggunakan saluran media rasmi seperti yang pernah disebut Ahli Parlimen Ketereh itu sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 20 2022
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa semasa berucap pada Program Townhall Bicara Keluarga Malaysia dan Pelancaran Hari Radio Sedunia di RTM Johor, hari ini. - Foto BERNAMA
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
PRN Johor: Rakyat tidak perlu takut keluar mengundi - Annuar Musa
Susun atur proses pengundian dan SOP yang ditetapkan mampu mengawal penularan wabak COVID-19.