awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Bukit Aman tubuh 32 Pasukan Cantas Khas, tangani elemen gengsterism

Fareez Azman
Fareez Azman
07/11/2021
11:18 MYT
PRN Melaka: Bukit Aman tubuh 32 Pasukan Cantas Khas, tangani elemen gengsterism
Abd Jalil berkata, pasukan itu melibatkan 238 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan kontinjen negeri. - Gambar/ Bernama
AYER KEROH: Sebanyak 32 Pasukan Cantas Khas ditubuhkan Bukit Aman bagi memastikan tiada unsur gengsterism berlaku sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Abd Jalil Hassan, pasukan itu melibatkan 238 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan kontinjen negeri.
"Pasukan Cantas Khas daripada JSJ ini datang daripada Bukit Aman dan kontinjen-kontinjen negeri.
"Jadi ia bertujuan serampang dua mata iaitu membantu pasukan (PDRM) negeri Melaka dalam menentukan perjalanan semua kaedah PRN mengikut undang-undang yang ditetapkan.
"Ingin diingatkan dan ditegaskan di sini, kami akan mencantas sehabis-habisnya jika ada pihak menggunakan elemen gengsterism di Melaka," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada Ahad.
Tambah Abdul Jalil, pasukan terbabit akan menjalankan rondaan setiap masa di kawasan kawasan panas seluruh negeri itu.
"Buat masa ini, tiada unsur sebegitu disampaikan melalui maklumat yang kita ada. Ingin kita tegaskan sehingga kini, tiada elemen seperti itu tapi PDRM ingin tegaskan kita tak ambil mudah dengan suasana yang baik ketika ini.
"Kita sentiasa bersiap sedia dengan pasukan ini jika terdapat elemen sebegitu ingin diketengahkan oleh pihak tertentu dalam PRN Melaka," jelasnya lagi.
Justeru, beliau mengingatkan semua pihak termasuk parti politik yang bertanding dalam PRN kali ini agar mengikut undang-undang dan peraturan.
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Bukit Aman
#Pasukan Cantas Khas
#Abd Jalil Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan