Skip to main content

Malaysia

PRN N. Sembilan: Kementerian Komunikasi buka tiga pusat media

BERNAMA
Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka tiga Pusat Media Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 bermula esok hingga 1 Ogos ini. - BERNAMA
Advertisement

SEREMBAN: Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka tiga Pusat Media Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 bermula esok hingga 1 Ogos ini.

Kementerian Komunikasi memaklumkan tiga pusat media itu ialah Pusat Media Seremban di Hotel Seri Malaysia, Pusat Media Port Dickson di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Paya dan Pusat Media Kuala Pilah di NADI Kampung Gentam.

"Pengamal media boleh menggunakan kemudahan disediakan serta mendapatkan maklumat di pusat media tersebut.

"Bagi mereka yang membuat liputan di lokaliti lain juga dapat menggunakan kemudahan serta Internet di 60 NADI sekitar Negeri Sembilan yang diaktifkan sebagai Pusat Media Sokongan," menurut kenyataan Kementerian Komunikasi hari ini.

Menurut kenyataan itu, MCMC juga membuka kaunter aduan di pusat media berkenaan bagi memantau dan menyelaras sebarang isu berkaitan liputan Internet, gangguan telekomunikasi serta kandungan dalam talian (seperti isu 3R, penipuan dalam talian atau penyamaran). 

Senarai NADI boleh dirujuk melalui pautan https://www.nadi.my/lokasi-nadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRN Negeri Sembilan pada Sabtu ini, diikuti pengundian awal 28 Julai dan hari pengundian 1 Ogos.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement