Skip to main content

Malaysia

PRN Negeri Sembilan: 8.29 peratus keluar undi setakat 9 pagi - SPR

PERATUS KELUAR MENGUNDI (VTO) BAGI HARI MENGUNDI, PILIHAN RAYA UMUM (PRU) DEWAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN KE-16 PADA 1 OGOS 2026 (SABTU)_FB Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia - SPR
Advertisement

SEREMBAN: Sebanyak 8.29 peratus atau 71,106 daripada 859,760 pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat 9 pagi ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi setakat ini dengan 10.4 peratus, diikuti DUN Senaling (10.3 peratus) dan DUN Ampangan (9.4 peratus).

DUN Rantau merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu sekitar 6.4 peratus. 

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN ke-15 ialah 9.49 peratus atau 79,557 daripada 838,200 pengundi.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement