awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Greta Thunberg ditahan dalam protes di London, sokong mogok lapar Palestine Action
Rusia ‘tidak boleh sabotaj’ usaha diplomasi AS - Zelenskyy
Petronas perkukuh agenda integriti, antirasuah bersama SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Pas Terengganu optimis tawan 10 kerusi UMNO

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
10/03/2023
06:42 MYT
PRN: Pas Terengganu optimis tawan 10 kerusi UMNO
Pada PRU14 yang lalu Pas telah berjaya memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN di Terengganu manakala UMNO pula sebanyak 10 kerusi. - Gambar fail
MARANG: Pas Terengganu optimis untuk menawan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini dikuasai Barisan Nasional (BN) menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang berkata, menerusi sasaran itu juga pihaknya yakin dapat mengekalkan pentadbirannya sekali gus menambah bilangan kerusi DUN.
Menurutnya keyakinan itu bersandarkan kemenangan yang telah dicapai pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
Jelasnya lagi, setakat ini pemilihan calon Pas yang akan ditampilkan pada PRN itu nanti sedang dijalankan.
“Untuk progresnya, mudah sahaja, kita sudah ada 22 kerusi. Memang adatnya 22 kerusi tu mesti tidak berubah, cuma kita sedang usaha ialah untuk menawan 10 lagi yang berbaki,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran Tabung Bencana Turkiye di Masjid Rusila, Marang pada Jumaat.
Sementara itu ketika ditanya mengenai pengagihan kerusi bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), husain berkata perkara itu belum diputuskan.
Pada PRU14 yang lalu Pas telah berjaya memenangi 22 daripada 32 kerusi DUN di Terengganu manakala UMNO pula sebanyak 10 kerusi.
Selain Terengganu, terdapat lima negeri lain yang belum mengadakan PRN iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
#PRN
#Pas Terengganu
#husain awang
#kerusi UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan