awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skandal rasuah ATM: Siasatan tidak terhad kes tertentu - Azam Baki
Rayuan Najib untuk hidupkan semula saman terhadap Tommy Thomas ditolak
Letupan di universiti swasta: Polis klasifikasi kematian pekerja kontraktor sebagai mati mengejut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Peti undi tambahan digunakan ekoran saiz kertas undi besar

Bernama
Bernama
28/11/2025
13:10 MYT
PRN Sabah: Peti undi tambahan digunakan ekoran saiz kertas undi besar
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan penggunaan peti undi tambahan di beberapa tempat mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 esok adalah disebabkan saiz kertas undi yang besar. - BERNAMA
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan penggunaan peti undi tambahan di beberapa tempat mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 esok adalah disebabkan saiz kertas undi yang besar.
Setiausaha SPR Datuk Khairul Shahril Idrus berkata penggunaan peti undi di saluran adalah tertakluk kepada jumlah calon bertanding dan jumlah pemilih.
"Bagi kawasan dengan tujuh hingga 12 penjuru, satu peti undi akan digunakan jika pengundi kurang daripada 450 orang manakala dua peti undi diperlukan jika melebihi 450 pengundi.
"Bagi kawasan 13 hingga 14 penjuru pula, dua peti undi diperlukan untuk kurang 450 pengundi dan tiga peti undi bagi lebih 450 pengundi," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata penggunaan lebih daripada satu peti undi adalah kerana saiz kertas undi yang besar dan memerlukan ruang yang mencukupi untuk memuatkan semua kertas undi yang telah ditanda oleh pengundi pada hari mengundi.
Beliau juga berkata SPR telah menjalankan proses semakan peralatan mengundi seperti peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi dan petak undi bagi kegunaan hari mengundi pada PRN Sabah ke-17 esok.
Proses semakan itu untuk memastikan kesemua peralatan mengundi lengkap dan dalam keadaan baik dengan kesemua peralatan diagihkan kepada ketua-ketua tempat mengundi bagi setiap tempat mengundi (saluran).
Sebanyak 1,742,934 pengundi bakal mengundi pada PRN Sabah kali ini dengan 882 Pusat Mengundi dan 3,559 saluran dibuka untuk tujuan itu.
Beliau berkata 28,533 petugas akan bertugas bagi proses pengundian esok.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#peti undi besar
#Suruhanjaya Pilihan Raya SPR
#Khairul Shahril Idrus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan