Berbaki lebih kurang 24 jam lagi kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyeru jentera parti agar menjaga keselamatan diri dan mengelak daripada pengundi dijangkiti COVID-19.
Selain itu, Mohd Shafie turut memohon maaf kepada rakyat di Negeri Bawah Bayu itu berikutan terpaksa mengadakan pilihan raya ketika negara sedang berdepan dengan pandemik COVID-19.
“Dalam kesempatan ini saya memohon ampun dan maaf kepada rakyat Sabah kerana berhadapan dengan pilihan raya yang memungkinkan kita bukan hanya berkempen, bahkan mendampingi para pengundi yang ada di setiap kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
“Sudah pasti dalam keadaan penyakit COVID-19 ini, kita akan kemungkinan besar terjangkit dengan penyakit COVID-19.
“Saya berharap dalam usaha kita untuk menambat undi mereka, kita harus berhati-hati dan berjaga-jaga supaya COVID-19 tidak menjangkiti mana-mana pihak khsusunya para pengundi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Amanat Khas kepada Semua Rakyat Sabah dan Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasminya, pada Khamis malam.
Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, pengundi mempunyai tanggungjawab besar untuk memilih kerajaan dan wakil rakyat baharu bagi memimpin negeri Sabah.
Jelasnya, walaupun terdapat ‘cubaan’ segelintir pihak merampas tampuk pimpinan kerajaan Sabah, mandat sebenar adalah terletak di tangan para pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab pada 26 September ini.
“Maka, dengan itu pilihan raya ini cukup penting bagi kita di bumi Sabah untuk memastikan bahawa kita mempunyai kerajaan, kita mempunyai wakil (rakyat) yang bukan hanya bermaruah, (tetapi) bermartabat dan berintegriti untuk membolehkan mereka berkhidmat kepada rakyat dan negara.
“Saya yakin, (dan) saya berharap, tunaikan tanggungjawab sebaik mungkin dan turun mengundi beramai-ramai pada 26 September ini agar kita dapat membentuk sebuah kerajaan yang stabil, yang boleh menjamin masa depan rakyat di bumi Sabah ini,” tambah Mohd Shafie.
PRN ke-16 menyaksikan 73 kerusi DUN dipertandingkan termasuk 13 kerusi baharu.
Hasimi Muhamad
Thu Sep 24 2020
Mohd Shafie berkata, pengundi mempunyai tanggungjawab besar untuk memilih kerajaan dan wakil rakyat baharu bagi memimpin negeri Sabah.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.