LAWAS: Gabungan Parti Sarawak (GPS) meletakkan harapan tinggi untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba'kelalan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ini.
Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Awang Tengah Ali Hasan berkata kerusi tersebut menjadi tumpuan GPS dalam usahanya memastikan gabungan parti itu mencapai kemenangan besar pada PRN kali ini.
Menurutnya, hasrat merampas kerusi Ba'kelalan yang kini disandang oleh bekas Menteri Kerja Raya Baru Bian sejak dua penggal lepas penting bagi memastikan agenda GPS bagi pembangunan luar bandar negeri Sarawak dapat diteruskan.
"Kita harus berdiri teguh dan pastikan keputusan kita (GPS) menang besar... pastikan juga kita ambil balik kerusi Ba'Kelalan. Ini bukan soal peribadi, tapi soal kebajikan rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Hak milik Tanah dan Cek Pampasan Pengambilan Balik Tanah di kawasan Lawas, hari ini.
Semalam, GPS mengumumkan senarai calonnya bagi kesemua 82 kerusi DUN Sarawak.
Di Ba'kelalan, GPS mempertaruhkan seorang peguam, Sam Laya daripada Parti Demokratik Progresif (PDP) sebagai calonnya dan beliau dijangka akan ditentang oleh PKR yang mengetengahkan Martin Samuel Labo sebagai calonnya.
Media sebelum ini melaporkan, Baru yang merupakan Anggota Majlis Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) akan mempertahankan kerusi Ba' kelalan yang dimenanginya sejak 2011.
Pada PRN 2016, Baru yang bertanding di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) menewaskan calon Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), yang kini dijenamakan semula sebagai Parti Demokratik Progresif (PDP) dengan majoriti tipis 486 undi.
Pada PRN Sarawak kali ini, kerusi Ba'kelalan dijangka menyaksikan sekurang-kurangnya pertembungan tiga penjuru antara GPS, PKR dan PSB.
Suruhajaya Pilihan Raya menetapkan 6 Dis sebagai hari penamaan calon manakala 14 Dis hari pengundian awal dan 18 Dis hari mengundi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 04 2021
Awang Tengah (gambar) berkata, kerusi tersebut menjadi tumpuan GPS dalam usahanya memastikan gabungan parti itu mencapai kemenangan besar pada PRN kali ini.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.