SONG: Penduduk beragama Islam di Kampung Gelam, Song, memohon perkhidmatan van jenazah dapat disediakan bagi memudahkan pengurusan jenazah bagi kariah mereka.
Menerusi tinjauan Astro AWANI di kampung itu, mereka berkata setiap kali berlaku kematian di luar kawasan, mereka perlu meminta ihsan beberapa perkampungan Islam di Kapit bagi membawa jenazah pulang ke Song.
Menurut Penghulu Kampung Gelam, Sulhi Ojek, sukar untuk mereka mendapatkan perkhidmatan tersebut sehingga ada kalanya terpaksa memohon pertolongan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
“Jadi kalau berlaku kematian, itu yang menimbulkan masalah tapi masalah. Sekiranya perlu, kami selalunya meminta pertolongan daripada pihak polis dan bomba, kadang-kadang mereka boleh juga membantu kami untuk membawa jenazah,” katanya.
Sementara bagi Suhaili Bohari, keperluan itu wajar dipenuhi bagi memudahkan urusan warga kampung setiap kali berdepan kematian melibatkan penduduk di sini.
“Kami disini sekiranya ada kematian khususnya di luar kawasan, agak sukar sebab tiada van jenazah.
“Sepanjang saya menetap di sini, saya rasa hanya kampung-kampung di Song ini saja tidak menyediakan perkhidmatan seperti. Jadi saya memohon agar van jenazah dapat disediakan di kampung kami ini,” ujarnya.
Manakala Pandi Bohari berkata, walaupun kampung mereka berada di kawasan pedalaman, perkhidmatan itu tetap diperlukan.
Ini kerana jika berlaku kejadian yang tidak dijangka, maka mereka tidak lagi perlu memohon bantuan daripada pihak lain semasa mendepani kes kematian.
“Permintaan saya sama seperti mereka kerana kadang-kadang kami terpaksa menyewa van jenazah untuk membawa si mati pulang ke kampung halaman sebelum dikebumikan.
“Kalau boleh sediakanlah perkhidmatan ini buat kami di sini walaupun kami menetap di kampung yang terpencil ini,” katanya lagi.
Kampung Gelam, Song, merupakan lokasi penempatan lebih 300 penduduk yang menetap di kira-kira 123 rumah.
Syafik Shukri Jalil
Tue Nov 16 2021
Setiap kali berlaku kematian di luar kawasan, mereka perlu meminta ihsan beberapa perkampungan Islam di Kapit bagi membawa jenazah pulang ke Song. - Astro AWANI.
Kebanyakan kes kad pengenalan palsu dikesan apabila pemilik dewasa
Saifuddin Nasution mendedahkan kebanyakan kes penggunaan dokumen pengenalan diri palsu seperti kad pengenalan, dapat dikesan apabila pemegangnya mencapai usia dewasa.
Kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu disebut semula 27 Jun
Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes 13 pelajar kolej vokasional di sini yang menghadapi pertuduhan membunuh seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.
Bekas CEO badan berkanun direman
Seorang lagi ssuspek ditahan menjadikan tiga individu direman bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana peruntukan pinjaman daripada Kementerian Kewangan bagi projek pembangunan bernilai RM1.2 bilion.
RUU rangka kerja kawal selia progresif CCUS akan dibentangkan di Parlimen pada Nov ini
Kementerian Ekonomi dijangka membentangkan rang undang-undang rangka kerja kawal selia progresif mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di Parlimen pada sesi November ini.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati warga Singapura bunuh anak tiri
Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman mati yang dijatuhkan ke atas seorang lelaki warga Singapura kerana membunuh anak tirinya pada 2008.
Domino's Pizza Malaysia kecewa komen sentuh 3R pelanggan, rujuk polis
Domino's Pizza Malaysia kecewa dengan tindakan seorang pelanggan memasukkan komen berbaur negatif dan tidak menjaga sensitiviti ketika membuat pesanan dalam talian.
Tablet percuma kepada murid dan guru
Kerajaan menyediakan tablet percuma kepada semua guru dan murid secara berperingkat di seluruh negara.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian sedia ada kerajaan sebelum 24 Mei ini
Mahasiswa di IPT bakal mendapat akses kepada maklumat serta kajian sedia ada di peringkat kementerian dan agensi kerajaan sebelum 24 Mei ini.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVII pada 20 Julai
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dijadualkan pada 20 Julai akan datang di Istana Negara.
85 penternak kupang terjejas terima bantuan LKIM dan Parlimen PD
Penyerahan bantuan itu bertujuan mengurangkan beban penternak yang terjejas sepanjang mereka tidak dapat menuai hasil ternakan kupang.
PRN Sarawak: Tanah tak rata, penduduk sukar bina penempatan baharu
Tanah yang diterima lima tahun lalu tidak sesuai untuk pembinaan kediaman kerana keadaannya yang curam dan berbukit bukau.
PRN Sarawak: Warga Kampung Gelam mahu perkhidmatan van jenazah disediakan
Penduduk beragama Islam di Kampung Gelam, Song, memohon perkhidmatan van jenazah dapat disediakan bagi memudahkan pengurusan jenazah bagi kariah mereka.