awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Sekat pekerja mengundi, majikan boleh didenda atau dipenjara

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
12/07/2023
00:15 MYT
PRN: Sekat pekerja mengundi, majikan boleh didenda atau dipenjara
Mustapha meminta semua majikan mematuhi akta yang dikeluarkan bagi menggelakkan sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka. - Astro AWANI
MARANG: Denda RM5,000 atau penjara setahun boleh dikenakan terhadap majikan sekiranya tidak membenarkan pekerja keluar mengundi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.
Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud, pihaknya meminta semua majikan mematuhi akta yang dikeluarkan bagi menggelakkan sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka.
Katanya bagi pekerja yang mengundi di luar kawasan, majikan disaran membenarkan pekerja mengambil cuti tahunan untuk pulang mengundi.
Jelasnya perkara itu telah termaktub di bawah Subseksyen 25(3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Jadi saya nasihatkan majikan di negara ini supaya patuh akta ini, benarkan pekerja mereka pulang dan turun mengundi apabila diadakan pilihan raya nanti," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengumumkan hari penamaan calon PRN akan datang pada 29 Julai ini, manakala pengundian awal ditetapkan pada 8 Ogos.
Enam negeri terlibat ialah Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Topic Berkaitan
#PRN
#majikan
#Mustapha Sakmud
#mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan