GEORGE TOWN: UMNO Pulau Pinang akan bertanding di enam daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang 12 Ogos nanti, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir.
"Setakat ini, enam kerusi sah UMNO bertanding di Pulau Pinang iaitu kita akan pertahankan dua kerusi di DUN Permatang Berangan dan DUN Sungai Dua di Parlimen Tasek Gelugor seterusnya bertanding di DUN Penaga dan DUN Bertam di Parlimen Kepala Batas.
"Selain itu, kami juga akan bertanding di DUN Sungai Acheh di Parlimen Nibong Tebal dan DUN Teluk Bahang di Balik Pulau iaitu satu-satunya kerusi untuk UMNO di bahagian pulau," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata ketika ini UMNO Pulau Pinang sedang mengumpul nama-nama calon yang akan bertanding pada PRN nanti sebelum beliau sendiri menyerahkan nama mereka kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih.
"Tiga nama calon terpilih bertanding bagi setiap DUN akan diserahkan kepada pucuk pimpinan dalam tempoh terdekat ini. Dari segi calon kali ini, kita akan mengemukakan muka baharu dan orang muda terutama dalam kalangan Pemuda UMNO," katanya.
Menurut Musa calon-calon muda diketengahkan dalam PRN kali ini bagi membawa pembaharuan dan berharap pengundi dapat memberi sokongan kepada UMNO serta gabungan parti-parti Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang.
"Tumpuan kita di kawasan majoriti Melayu dan dipercayai UMNO dapat memenangi sekurang-kurangnya lima kerusi," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu lepas telah menetapkan PRN di Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu berjalan serentak pada 12 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 12 2023
Musa berkata ketika ini UMNO Pulau Pinang sedang mengumpul nama-nama calon yang akan bertanding pada PRN nanti sebelum beliau sendiri menyerahkan nama mereka kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih. - Gambar fail/BERNAMA
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Guan Eng cabar Ku Nan bahas cadangan Pulau Pinang jadi Wilayah Persekutuan
Lim Guan Eng mencabar Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk berbahas secara terbuka berhubung cadangan menjadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Wilayah Persekutuan.
Tengku Adnan sedia beri keterangan kepada polis
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau sedia memberikan keterangan kepada polis berhubung kenyataannya mengenai kerajaan Pulau Pinang meminggirkan kaum Melayu baru-baru ini.
Umno negeri jumpa Ku Nan bincang cadangan P. Pinang jadi Wilayah Persekutuan
UMNO Pulau Pinang akan mengadakan perbincangan dengan Tengku Mansor berhubung cadangan menjadikan Pulau Pinang sebagai sebahagian Wilayah Persekutuan.
Umno Pulau Pinang sokong Ismail Sabri boikot barangan peniaga degil
Umno Pulau Pinang menyokong gesaan Datuk Seri Ismail Sabri yang meminta pengguna memboikot peniaga yang enggan menurunkan harga barang.
UMNO PP tiada kaitan dengan laporan polis terhadap 1MDB
Setiausahanya Datuk Musa Sheikh Fadzir juga menegaskan bahawa Umno negeri itu tidak menyokong tindakan Khairuddin kerana beliau tidak berbincang dengan mereka mengenai perkara itu.