KOTA KINABALU: Seorang penyelidik dari Sabah, Prof Dr Justin Sentian, menjadi saintis negara pertama melaksanakan penyelidikan musim sejuk di Antartika.
Mengucapkan tahniah kepada saintis kelahiran Ranau itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata Justin berjaya mengharumkan nama Sabah dengan mengibarkan bendera negeri ini bersama-sama Jalur Gemilang sepanjang tempoh program penyelidikan selama enam bulan bermula 15 Mac ini di Stesen Pangkalan Profesor Julio Escudero di Pulau King George, Antartika.
Beliau berkata saintis atmosfera kutub dari Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menjalankan penyelidikannya bertajuk 'Variasi Ozon Troposfera dan Halokarbon di Semenanjung Antartika Dalam Keadaan Cuaca Melampau'.
"Antartik adalah titik yang baik dan tepat untuk memerhatikan perubahan iklim antara lain. Penemuan perubahan kecil variasi di sana dalam keadaan awal boleh membawa kepada variasi berskala besar kepada dunia.
"Kami mengucapkan selamat maju jaya untuk setiap usaha beliau," katanya dalam kenyataan selepas menyerahkan bendera Sabah kepada Justin di Menara Kinabalu, di sini.
"Saya berbangga untuk berkongsi peluang hebat ini sebagai saintis Malaysia pertama untuk membawa bendera kita ke Antartika.
"Saya harap usaha ini akan memberi suntikan motivasi kepada penyelidik lain, khususnya generasi muda di Sabah untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang khususnya sains," katanya.
Haiji berkata penyelidikan Justin mendapat kerjasama daripada Universiti Santiago, Chile, dengan sebahagiannya dibiayai oleh geran penyelidikan daripada Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) selama tiga tahun bermula tahun ini.
Kerjasama penyelidikan dengan Universiti Santiago adalah untuk meningkatkan pembangunan kapasiti penyelidikan, terutamanya pada pemodelan kimia atmosfera dan rangkaian penyelidikan akademik dan saintifikdi peringkat antarabangsa.
Penyelidikan kali ini bukan usaha pertama Justin di Antartika kerana pernah berada di lokasi tersebut selama tiga bulan semasa program penyelidikan musim panas pada 2018.
YPASM akan mengadakan majlis selamat jalan kepada Justin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 19 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 10 2023
YPASM akan mengadakan majlis selamat jalan kepada Justin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 19 Mac ini. - Foto BERNAMA
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Usaha Katiravan Subrayan selamatkan planet bawa beliau ke Antartika
Katiravan menjadi antara segelintir rakyat Malaysia yang menjejakkan kaki ke benua berais itu.
Virus selesema burung landa Antartika, penguin terjejas
Penyakit itu mula dikesan di tanah besar benua beku itu bulan lalu dan sejak itu dikesan dalam populasi burung penguin dan kormoran.
Malaysia akan kena tempias setiap perubahan di Antartika - Pakar
Setiap perubahan di benua Antartika akan mempunyai kesan kepada Malaysia khususnya dalam aspek iklim meskipun negara berada jauh dari kutub itu.
Ais cair mendadak di Antartika, penyelidik 'panik'
Antartika boleh hilang ais sepenuhnya dan ia bakal disaksikan oleh generasi yang akan datang.
Aisberg terbesar dunia bergerak selepas 3 dekad
Aisberg berkenaan merupakan serpihan terbesar gunung ais yang masih wujud dan terpisah dari Filchner Ice Shelf pada ogos 1986.
Selesema burung dikesan di rantau Antartika buat kali pertama
Para saintis bimbang wabak Influenza Burung Sangat Patogenik (HPAI) yang paling teruk dalam sejarah akan sampai ke Antartika.
China sambung pembinaan pusat antartika kelima, kata badan pemikir
Kehadiran fizikal Beijing semakin meningkat di wilayah kutub selatan yang berfungsi untuk memajukan kepentingan strategik dan ketenteraan.
Prof Justin, saintis pertama negara jalani penyelidikan di Antartika
Justin berjaya mengharumkan nama Sabah dengan mengibarkan bendera negeri ini bersama-sama Jalur Gemilang sepanjang tempoh program penyelidikan selama enam bulan bermula 15 Mac.
Kiamat iklim 2040? Malaysia antara negara terjejas
Ais cepat mencair, suhu makin panas di Antartika, gunung berapi mula aktif di Kutub Utara kesan daripada pemanasan global petanda besar berlaku kiamat iklim, diramal 2024 dengan Malaysia terjejas sama
'Iceberg' terbesar dunia, separuh saiz negeri Kedah kini hanyut di lautan
Terbaru, sebuah bongkah ais terbesar di dunia - panjang 175 kilometer, lebar 25 kilometer - terpisah dari lokasi asalnya di Antartika.