awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WEF 2026: EU perlu lebih berdikari depani cabaran dunia - Von der Leyen
RPN 2026-2035 reformasi strategik pendidikan negara bina modal insan berkualiti
PM New Zealand umum pilihan raya 7 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Anak Kita berkesan, atasi sasaran awal - Fadhlina

Bernama
Bernama
09/07/2025
04:55 MYT
Program Anak Kita berkesan, atasi sasaran awal - Fadhlina
Fadhlina berkata Program Anak Kita dipantau secara menyeluruh merangkumi aspek perancangan, pelaksanaan dan keberkesanan impak. - Facebook Fadhlina
KUALA LUMPUR: Program Anak Kita menunjukkan keberkesanan apabila pelaksanaan Program Pecutan SPM 2024 berjaya mengatasi sasaran awal yang ditetapkan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata berdasarkan laporan yang dibentangkan pasukan Yayasan Hasanah dan Unit Pantau MADANI semalam, program intervensi Membaca, Menulis dan Mengira (3M) turut mencatatkan perkembangan yang memberangsangkan.
Justeru, beliau berkata pihaknya berpuas hati dengan keberkesanan program tersebut selepas hampir setahun pelaksanaannya.
"Tahun lalu, Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan meluncurkan Program Anak Kita bertujuan menangani isu keciciran pembelajaran, meningkatkan penguasaan literasi dan numerasi serta membantu murid dalam persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Setelah hampir setahun penganjuran, pelbagai program intervensi berjaya dilaksanakan menerusi kerjasama strategik dengan Yayasan Hasanah, Unit Pantau MADANI, universiti awam, syarikat korporat dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO)," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Fadhlina berkata Program Anak Kita dipantau secara menyeluruh merangkumi aspek perancangan, pelaksanaan dan keberkesanan impak.
Beliau turut berharap jangkauan Program Anak Kita dapat terus diperluaskan agar memberi manfaat kepada lebih ramai murid di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadhlina Sidek
#Program Anak Kita
#keciciran pembelajaran
#program intervensi 3M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan