awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Berselawat Hatimurni 2025 hidupkan tema 'Bersama Rasulullah, Didik Dari Hati'

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
07/09/2025
10:20 MYT
Program Berselawat Hatimurni 2025 hidupkan tema 'Bersama Rasulullah, Didik Dari Hati'
Program Hatimurni Berselawat 2025 dibanjiri lebih 2,000 tetamu. - Foto Hatimurni
KUALA LUMPUR: Alunan selawat bergema, manakala dewan dipenuhi lebih 2,000 tetamu terdiri daripada anak-anak dan ibu bapa yang hadir untuk sama-sama memperingati bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ringkasan AI
  • Program Hatimurni Berselawat 2025 berlangsung di Wisma Perwira ATM dengan tema Bersama Rasulullah, Mendidik dari Hati, dihadiri lebih 2,000 tetamu.
  • Acara merangkumi tausiyah, perarakan qasidah, persembahan nasyid oleh INTEAM dan reruai jualan, bertujuan menyemai cinta kepada Rasulullah dan memperkukuh pendidikan Islam keluarga.
  • Hatimurni kini mempunyai lebih 1,500 pelajar di enam cawangan dan menawarkan pendidikan agama lengkap serta perkhidmatan sokongan untuk keluarga bandar.

Suasana penuh syahdu menyelubungi Program Hatimurni Berselawat 2025, yang berlangsung di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM, di sini, pada Sabtu.
Dengan tema “Bersama Rasulullah, Mendidik dari Hati”, majlis ini bukan sahaja mengajak masyarakat mengingati Rasulullah SAW, tetapi juga menanam sifat cinta sambil meneladani akhlak Baginda, sekali gus mengukuhkan pendidikan Islam dalam kalangan keluarga.
Menurut pengasas Hatimurni, Ustazah Siti Khadijah Mohni, penganjuran ini menyentuh lebih jauh daripada sekadar hiburan rohani.
“Program Hatimurni Berselawat bukan sekadar hiburan rohani, tetapi satu usaha mendidik dari hati.
“Ia juga bertujuan untuk menyemai nilai sunnah, menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah, dan menguatkan ikatan kekeluargaan serta komuniti,” katanya.
Acara bermula awal pagi itu dimulakan dengan perarakan masuk diiringi alunan qasidah, bacaan doa, Maulid Nabi serta tausiyah yang menyentuh hati daripada Ustaz Engku Ahmad Fadzil Engku Ali yang bertajuk “Membentuk Generasi Rabbani di Dalam Dunia Moden”, diikuti Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre yang membawa topik “Jalan Menuju Kejayaan Hidup & Akhirat”.
Kumpulan INTEAM ketika melakukan persembahan nasyid di Program Hatimurni Berselawat 2025. - Foto Hatimurni
Kumpulan INTEAM ketika melakukan persembahan nasyid di Program Hatimurni Berselawat 2025. - Foto Hatimurni
Program kemudian dimeriahkan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan INTEAM yang membawakan enam lagu pilihan, menyemarakkan lagi kebersamaan dan cinta kepada Rasulullah SAW.
Selain itu, pengunjung seisi keluarga berpeluang singgah di pelbagai reruai jualan termasuk LightArt VR, Qookie Momstar, OLi Jelly, Qaseh Gold, Wassiyah Shoppe dan Rui Calligraph, yang menawarkan produk bermanfaat untuk komuniti.
Bermula sebagai sebuah sekolah agama swasta 18 tahun lalu, Hatimurni kini berkembang dengan lebih 1,500 pelajar di enam cawangan sekitar Lembah Klang serta pelajar yang mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
Fokus Hatimurni jelas membantu ibu bapa mendidik anak-anak berusia 7 hingga 12 tahun melalui kelas fardhu ain, bimbingan wudhu dan solat, kelas mengaji al-quran, akhlak dan adab, selain subjek lain yang diiktiraf Jakim.
Tetamu kehormat menghayati sesi tausiyah. - Foto Hatimurni
Tetamu kehormat menghayati sesi tausiyah. - Foto Hatimurni
Untuk memudahkan keluarga bandar dengan kehidupan seharian yang sibuk, Hatimurni turut menyediakan perkhidmatan transit, pengangkutan, bilik mandi dan makanan tengah hari agar ibu bapa tidak lagi risau tentang pendidikan agama untuk anak-anak.
Inisiatif ini bukan sahaja demi mendidik anak-anak, tetapi juga membina semangat kekeluargaan dan kebersamaan, dengan membawa mesej bahawa pendidikan agama yang kukuh adalah asas melahirkan generasi rabbani serta menjamin masa depan yang lebih sejahtera.
Pendaftaran pelajar Hatimurni bagi sesi 2026 kini dibuka, layari www.hatimurni.com.my untuk maklumat lanjut.
Topic Berkaitan
#Hatimurni
#Program Hatimurni Berselawat 2025
#Bersama Rasulullah Mendidik dari Hati
#sekolah pendidikan islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan