MELAKA: Program Sesi Advokasi Berniaga Patuh Kod Etika dan Perundangan (Biz-BERKAT) yang bertujuan meningkatkan kesedaran peniaga berkaitan kod etika dan peraturan perundangan perniagaan akan ditumpukan di empat negeri yang melaksanakan Tahun Melawat Negeri 2024 (TMN2024).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali berkata inisiatif baharu itu adalah antara usaha bagi mengekang sikap tamak peniaga yang terlibat dalam TMN2024 iaitu di Melaka, Perlis, Perak dan Kelantan, daripada tindakan menaikkan harga atau mengaut untung pada kadar tidak munasabah.
"Antara objektifnya adalah memberikan imej baik, yang bukan sahaja kepada pengunjung domestik tetapi pelancong asing supaya mereka mempunyai keyakinan malah menjadi faktor penarik untuk datang berbelanja di Malaysia memandangkan negara ini menduduki senarai ke-12 destinasi yang paling banyak dilawati tahun lepas.
"Dalam masa yang sama, kepatuhan ini penting bagi usaha melonjakkan ekonomi setempat dan merancakkan industri pelancongan di negara kita," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi tinjauan dan pemantauan penguatkuasaan di Jonker Walk, Banda Hilir di sini lewat malam tadi, yang turut dihadiri Pengarah KPDN Melaka Norena Jaafar.
Armizan berkata sesi Biz-BERKAT juga akan dilaksanakan di semua negeri dan terpakai untuk semua bentuk perniagaan dalam usaha memastikan peniaga memahami kod etika dan perundangan perniagaan.
"Untuk itu kita akan membuat risikan dan menggunakan formula tersendiri termasuklah melalui resit-resit sebelum ini untuk mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan yang dilakukan oleh peniaga," katanya.
Dalam pada itu katanya penambahan penguat kuasa bagi melaksanakan sesi Biz-BERKAT juga akan dilakukan di empat negeri tersebut sekiranya keadaan memerlukan dengan nasihat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
"Sebagai contoh ada tempoh-tempoh tertentu pada setiap tahun kita akan menerima banyak pelancong dari China dan sekiranya negeri TMN2024 memerlukan bantuan penguat kuasa dalam tempoh tersebut bagi sesi Biz-Berkat, kita akan hantar pasukan dari Putrajaya," katanya.
Dalam perkembangan berlainan, beliau berkata KPDN akan melancarkan Program Jualan Ihsan Rahmah yang melibatkan pemain industri dan swasta pada 24 Jan depan.
"Kita rancang akan lancarkan program tersebut di sini (Melaka) sempena Tahun Melawat Melaka 2024 dan inisiatif tersebut adalah hasil maklum balas dan penambahbaikan Program Jualan Rahmah yang sedia ada, termasuklah kadar diskaun minimum adalah antara 10 dan 30 peratus bagi barangan yang ditawarkan,"katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024
Armizan berkata sesi Biz-BERKAT juga akan dilaksanakan di semua negeri dan terpakai untuk semua bentuk perniagaan dalam usaha memastikan peniaga memahami kod etika dan perundangan perniagaan. - Foto fail/BERNAMA
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Kajian penstabilan barang Sabah, Sarawak dan Labuan ambil enam bulan - Armizan
Pelaksanaan kajian penstabilan harga barang Sabah, Sarawak dan Labuan, dijangka berlangsung dalam tempoh enam bulan.
Keputusan mekanisme stabilkan bekalan gula dibuat suku kedua tahun ini - Armizan
Kerajaan akan membuat keputusan berhubung mekanisme menstabilkan bekalan gula termasuk melibatkan harga bahan pemanis itu pada suku kedua tahun ini.
Tiga LRA di Papar kini hasilkan 58 juta liter sehari air terawat - Armizan
Tiga Loji Rawatan Air (LRA) di daerah Papar telah mampu menghasilkan 58 juta liter sehari (MLD) air terawat bermula 10 malam tadi.
Kemarau Papar: Kadar kemasinan di LRA EWSS Limbahau turun, rawatan air dijalankan semula
Pengisian tangki LRA Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) di Kampung Limbahau sedang dilakukan untuk memulakan proses rawatan air.
PJR Aidilfitri diadakan di 302 lokasi seluruh negara
PJR Aildilfitri akan melibatkan jualan produk barangan keperluan asas pada kadar potongan harga antara 10 hingga 30 peratus.
LRA Kogopon kembali kapasiti penuh, rawat 40 juta liter air sehari - Armizan
LRA Kogopon mengalami kerosakan pam sejak sebulan lalu menyebabkan ia hanya mampu merawat 35 MLD.
Bekalan cukup pengaruhi kestabilan harga - Armizan Ali
Pelbagai elemen diambil kira dalam menentukan harga barangan termasuk ketersediaan bekalan di pasaran yang akan mempengaruhi kestabilan harga.