awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Citrawarna cetus kluster baharu di Sarawak, 21 disah positif

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
09/03/2022
10:38 MYT
Program Citrawarna cetus kluster baharu di Sarawak, 21 disah positif
Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang berlangsung empat hari bermula 24 Februari 2022 di Tebingan Sungai Kuching,dihadiri sekitar 50,000 pengunjung. - Foto Bernama
KUCHING: Sarawak mencatatkan satu lagi kluster COVID-19, melibatkan Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 dengan 21 individu didapati positif COVID-19 termasuk kes indeks.
Kluster komuniti ini melibatkan kes-kes yang terlibat secara langsung dengan program berkenaan yang berlangsung selama empat hari bermula pada 24 Februari 2022 di Tebingan Sungai Kuching, Sarawak dengan anggaran pengunjung seramai 50,000 orang.
Laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) mendedahkan seramai 59 individu telah disaring dan selebihnya 32 individu negatif sementara enam masih menunggu keputusan.
“Kes indeks (Kes Ke-259147) bagi kluster ini merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun, seorang warga tempatan, yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 27 Februari 2022 di sebuah hospital perubatan swasta di Kuching.
“Perebakan jangkitan dipercayai berpunca daripada pergaulan dan kontak rapat dalam kalangan mereka semasa menghadiri program tersebut dan telah merebak sehingga ke generasi jangkitan kedua.
“Sementara semua kes positif sedang mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak dan PKRC di Kuching,” jelas JPBNS pada Rabu.
Laporan itu turut memaklumkan bahawa terdapat seramai 24 kes positif lain yang telah dilaporkan (bukan dari kluster ini) turut mempunyai sejarah pergerakan menghadiri Program Citrawarna tersebut.
“Sehubungan dengan itu, individu yang mempunyai sejarah menghadiri Program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 yang berlangsung selama empat hari bermula pada 24 Februari 2022 di Tebingan Sungai Kuching dinasihatkan untuk membuat pemantauan kendiri dan membuat saringan kendiri sekiranya mengalami sebarang tanda dan gejala.
“Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak menghadiri aktiviti perkumpulan yang melibatkan ramai peserta atau hadirin di mana SOP sukar dipatuhi, terutamanya jika mempunyai gejala atau telah dikesan positif,” katanya.
Sarawak hari ini mencatatkan sejumlah 1,727 kes positif COVID-19 dengan 1,714 kes tergolong dalam kategori klinikal 1 dan 2 dan 13 kes kategori 4 dan 5 meningkatkan angka keseluruhan kepada 272,142 kes.
Sementara itu dua kematian direkodkan pada 7 dan 8 Mac 2022 melibatkan warga emas lelaki (72 tahun) di Hospital Kapit dan wanita (60 tahun) di Hospital Mukah.
Kedua-dua mangsa mengalami ko-morbid darah tinggu, dislipidemia, kencing manis, buah pinggang kronik dan kanser.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kluster Citrawarna
#Citrawarna Keluarga Malaysia 2022
#Tebingan Sungai Kuching
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan