awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Jaminan Mobiliti VW

Astro Publication
Astro Publication
27/11/2014
05:36 MYT
Program Jaminan Mobiliti VW
Berita gembira untuk pemilik kereta VW yang mungkin risau apabila terpaksa menghantar kereta mereka untuk dibaikpulih atau servis. Volkswagen Group Malaysia (VGM) semalam mengumumkan Program Jaminan Mobiliti, satu cara lagi menambah kualiti khidmat pelanggan mereka.
Pelanggan VW sekarang berhak untuk mendapat sebuah kenderaan ‘gantian’ daripada pusat servis Volkswagen yang sah apabila mereka menghantar kereta mereka untuk diservis atau dibaiki jika tempohnya melebihi 24 jam.
Buat masa ini, terdapat lebih 200 unit Volkswagen yang digunakan untuk program mobiliti ini. Ini adalah usaha VGM untuk memperbaiki imej khidmat pelanggan mereka yang sebelum ini dikritik teruk atas pelbagai sebab. Isu transmisi DSG sebelum ini rata-rata sudah berkurangan setelah perkara teknikal yang berkaitan diberikan perhatian yang sepatutnya.
Antara usaha-usaha yang masih dijalankan adalah untuk menambahkan lagi rangkaian pusat servis VW sah agar masa menunggu dapat dikurangkan, selain memberi latihan pakar kepada pasukan servis tempatan yang ada sekarang.
“Kepuasan pelanggan adalah amat penting untuk kami, dan kami akan terus melakukan apa yang perlu untuk memberikan pengalaman pemilikan yang terbaik untuk mereka,” kata Armin Keller, pengarah urusan VGM.
Topic Berkaitan
# DSG
# VGM
#Volkswagen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan