awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar kelahiran Jepun 2025 dijangka cecah paras terendah dalam sejarah
Suspek kes letupan di Nilai direman seminggu
Persiapan bekalan daging Ramadan, Aidilfitri 2026 sudah bermula - Mohamad Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program kesedaran peluang keusahawanan perlu diperluas di IPT

Israr Khalid
Israr Khalid
11/02/2023
04:07 MYT
Program kesedaran peluang keusahawanan perlu diperluas di IPT
Nurul Nabihah berkata, pengetahuan asas tentang keusahawanan adalah penting untuk dipelajari sesiapapun kerana ia boleh menjadi ruang menjana pendapatan alternatif mahupun sebagai karier utama.
KUALA LUMPUR: Masih ramai pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) tidak tahu ruang dan peluang yang wujud untuk menceburi bidang keusahawanan.
Maka wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) Nurul Nabihah Burairah merasakan program kesedaran tentang hal tersebut perlu diperluas lagi di kampus supaya pelajar tahu adanya pilihan kerjaya selain daripada jurusan yang didalami.
Beliau berpendapat, pengetahuan asas tentang keusahawanan adalah penting untuk dipelajari sesiapapun kerana ia boleh menjadi ruang menjana pendapatan alternatif mahupun sebagai karier utama.
“Macam berkenaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ini pun saya rasa ramai pelajar tak tahu tentang kalau daftarkan bisnes itu percuma dan ada panduan dan bimbingan tertentu serta bantuan daripada agensi kerajaan sendiri.
“Jadi harapan saya supaya perbanyakkan lagi kesedaran itu di peringkat universiti dahulu supaya mereka ada asas,” katanya dalam program Dialog Anak Muda pada Jumaat.
Dengan adanya kesedaran, jelas Nabihah, seandainya sesiapa sahaja mahu mula menceburi bidang keusahawanan, mereka tahu ke mana untuk dituju.
Program kesedaran peluang keusahawanan perlu lebih luas di IPT - Nabihah Burairah
Topic Berkaitan
#Dialog Anak Muda
#peluang keusahawanan
#anak muda
#penuntut IPT
#MPP UPM
#nurul nabihah burairah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan