awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program kesedaran penggunaan AI secara bertanggungjawab perlu dipertingkat

Bernama
Bernama
19/06/2024
00:40 MYT
Program kesedaran penggunaan AI secara bertanggungjawab perlu dipertingkat
Komitmen kerajaan dalam memupuk ekosistem AI jelas terlihat melalui pelbagai inisiatif seperti 'AI Untuk Rakyat' yang bertujuan meningkatkan kesedaran awam berkaitan teknologi itu. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Program kesedaran masyarakat terhadap penggunaan kecerdasan buatan (AI) perlu ditingkatkan supaya teknologi itu dapat digunakan secara positif dan bertanggungjawab.
Pempengaruh teknologi Adil Hidayat Rosli berkata kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif AI yang baik dan ia sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya.
"Mungkin kita boleh meningkatkan lagi kesedaran untuk menggalakkan penggunaan dan penerimaan AI secara positif," katanya ketika menjadi tetamu dalam program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV hari ini.
Komitmen kerajaan dalam memupuk ekosistem AI jelas terlihat melalui pelbagai inisiatif seperti 'AI Untuk Rakyat' yang bertujuan meningkatkan kesedaran awam berkaitan teknologi itu serta AI Sandbox 2024 bertujuan mewujudkan 900 syarikat pemula AI dan membangunkan 13,000 bakat baharu AI menjelang 2026.
Pada 10 Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan tiga lagi inisiatif tambahan iaitu Hala Tuju Bakat AI Malaysia 2024-2030, Fakulti AI (FAI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Konsortium AI Malaysia (MAIC).
Adil Hidayat yang lebih dikenali dengan nama Pendakwah Teknologi dalam media sosial berkata AI antara lain mampu membantu pencarian maklumat lebih mudah, namun boleh mengurangkan keupayaan manusia berfikir secara kreatif dan analitikal jika disalahgunakan.
Beliau turut mengingatkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka tidak menyalahgunakan AI untuk mendapatkan jawapan dengan cara yang mudah kerana ia boleh menghilangkan proses pembelajaran yang sebenar.
"Kita perlu memahami bahawa setiap pelajar perlu melalui proses pembelajaran. Mereka harus menyedari bahawa melakukan kesilapan adalah sebahagian daripada proses itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#AI
#kesedaran penggunaan
#pencarian maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan