awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Khas Haji tidak dibiayai dengan wang curi - 1MDB

Bernama
Bernama
10/01/2017
12:54 MYT
Program Khas Haji tidak dibiayai dengan wang curi - 1MDB
1MDB: Program Khas Haji tajaan Yayasan 1MDB dibiayai dengan menggunakan wang yang diperoleh daripada operasi perniagaan secara sah. - Gambar fail
1Malaysia Development Berhad berkata Program Khas Haji tajaan Yayasan 1MDB dibiayai dengan menggunakan wang yang diperoleh daripada operasi perniagaan secara sah.
Dalam kenyataan hari ini, 1MDB menafikan program itu ditaja dengan wang "curi" seperti didakwa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Sambil menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai tidak berasas dan satu lagi pembohongan oleh Dr Mahathir, 1MDB berkata dana berkenaan dijana melalui operasi perniagaan sah, dahulunya dalam pengeluaran tenaga, dan terbaru melalui projek pembangunan hartanah.
"Dana yang dijana melalui operasi perniagaan ini disumbangkan kepada Yayasan 1MDB, yang kemudian menggunakannya bagi menaja Program Khas Haji.
"Sejak penubuhannya pada 2010, Yayasan 1MDB menaja kerja amal bernilai lebih kurang RM690 juta di seluruh Malaysia dan bagi semua rakyat Malaysia, melaksanakan kira-kira 60 projek dalam bidang pendidikan, penjagaan kesihatan, pembangunan belia dan khidmat masyarakat.
"Projek seperti ini memberi kesan terhadap kehidupan 2.8 juta rakyat Malaysia," katanya.
BACA: Keluarkan fatwa tanpa ilmu adalah satu dosa - Mufti Pahang
BACA: Jemaah haji 1MDB tidak perlu risau status ibadah mereka - Mufti
Menurut kenyataan itu, contoh aktiviti yang dilaksanakan boleh didapati dalam laman sesawang 1MDB, daripada Geran Dana PIBG, Geran Akademik untuk pelajar SPM/STPM, hinggalah kepada Geran Akademik bagi Pusat Sri Murugan dan Pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu serta Dana Belia 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia.
IMDB berkata yayasan itu juga menyokong program lain seperti Program SPM Jabatan Perkhidmatan Awam, yang menyediakan penajaan kepada lebih 600 rakyat Malaysia daripada semua kaum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Program Khas Haji
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan