awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP malam esok batal

Khalis Khadir
Khalis Khadir
24/01/2025
12:22 MYT
Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP malam esok batal
DFP memaklumkan pembeli tiket boleh membuat pertukaran dengan konsert lain atau mendapatkan bayaran semula. - Gambar fail/YouTube - Laugh Factory
KUALA LUMPUR: Program komedi berdiri membabitkan Harith Iskander yang akan berlangsung di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam esok, dibatalkan.
Menerusi kenyataan DFP, pihaknya memohon maaf kerana membatalkan DFP Punchline: Harith Iskandar Punchline: Harith Iskander 35 Years of Laughter.
"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan berlaku. Terima kasih atas pemahaman anda dan sokongan berterusan," jelas kenyataan itu.
DFP memaklumkan pembeli tiket boleh membuat pertukaran dengan konsert lain atau mendapatkan bayaran semula.
"Tiket boleh ditukar dengan mana-mana konsert DFP atau MPO lain dalam musim ini. Kedua, bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah pembayaran asal yang digunakan pada masa pembelian.
"Semua pertukaran atau permintaan bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 8 Februari ini," ujarnya.
Pada Khamis, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah merakam keterangan pelawak dan pelakon itu berhubung kontroversi berkenaan.
Razarudin berkata, seorang lagi individu yang sedang dikesan polis kerana dipercayai ada kaitan dengan kes itu ialah pengguna media sosial bernama ‘Cecelia Yap Song’.
Sebelum ini, polis telah memanggil pelawak dan pelakon itu bagi membantu siasatan berhubung hantaran dalam laman media sosialnya mengenai isu 'ham' yang didakwa menghina Islam.
Topic Berkaitan
#Harith Iskander
#ham and cheese
#Islam
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan