awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Memfail Borang Nyata bagi 2023 boleh diakses melalui portal LHDN

Bernama
Bernama
01/01/2023
07:52 MYT
Program Memfail Borang Nyata bagi 2023 boleh diakses melalui portal LHDN
Pengemukaan data saraan pekerja bagi 2022 boleh dilakukan melalui portal MyTax, https://mytax.hasil.gov.my bermula hari ini hingga 25 Februari.
PUTRAJAYA: Program Memfail Borang Nyata (BN) Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi 2023 telah dimuat naik sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai.
Ia boleh diakses melalui portal www.hasil.gov.my atau menerusi capaian pantas https://www.hasil.gov.my/media/mpofkuqz/programmemfailbn_2023.pdf.
LHDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pembayar cukai dan majikan digalakkan menggunakan kemudahan e-Filing bagi pengemukaan BN yang akan menjadi medium pengemukaan borang sepenuhnya pada masa hadapan, manakala ejen cukai pula digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing Ejen Cukai (TaeF)(https://taef.hasil.gov.my/) bagi pengemukaan BN.
"Bagi memudahkan dan menjimatkan masa pekerja mengemukakan BN melalui e-Filing, majikan digalakkan untuk mengemukakan data saraan pekerja pada 2022 melalui aplikasi e-Data Praisi/e-CP8D.
"Data saraan yang diterima akan digunakan bagi tujuan praisi e-borang pekerja (e-BE / e-B / e-BT / e-M / e-MT tahun taksiran 2022)," menurut LHDN.
LHDN memberitahu pengemukaan data saraan pekerja bagi 2022 boleh dilakukan melalui portal MyTax, https://mytax.hasil.gov.my bermula hari ini hingga 25 Februari.
Majikan boleh merujuk kepada format terkini susun atur maklumat e-Data Pra-isi/e-CP8D bagi tahun saraan 2022 yang dilampirkan bersama-sama program memfail BN 2023 bagi tujuan penyediaan data saraan pekerja, menurut LHDN.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LHDN
#borang nyata
#pembayar cukai
#majikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan