Pelaksanaan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) mencatatkan kejayaan luar biasa dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dengan perbelanjaan yang optimum.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata NBOS yang menghimpunkan lebih 80 agensi kerajaan juga bermatlamat sebagai pemecah dinding antara kementerian, jabatan dan agensi yang lazimnya mengamalkan perkhidmatan secara berasingan.
Permuafakatan pelbagai agensi ini, menurut Najib, membolehkan rakyat menikmati perkhidmatan terbaik yang menekankan tiga elemen utama iaitu berimpak tinggi, dilaksanakan dengan pantas dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan.
"Sebagai contoh dalam NBOS kita ada laksanakan UTC (Pusat Transformasi Bandar) yang dilaksanakan di 20 lokasi termasuk di Kuantan dan saya diberitahu telah ada 51 juta pelanggan menggunakan perkhidmatan ini dan daripada jumlah itu, 5.9 juta pelanggan sahaja adalah di UTC Kuantan.
"Apa yang unik, UTC ini mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan sehingga RM2 bilion kerana kita menghimpunkan semua perkhidmatan di bawah satu bumbung sahaja, keadaan ini memberi keuntungan kepada kita," katanya semasa berucap merasmikan Fiesta NBOS Bersama-sama Rakyat di Padang Kampung Baru Salong di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata NBOS merupakan satu perkara unik yang tidak terdapat di negara lain apabila menawarkan perkhidmatan sehingga pukul 10 malam setiap hari kecuali pada cuti am.
Mengenai Fiesta NBOS, Najib menyifatkan penganjuran fiesta itu yang julung kali diadakan itu juga menjadi bukti tohmahan yang dimainkan pembangkang bahawa kerajaan bankrap tidak tepat.
"Kita bukan tak ada duit tapi kita himpunkan pelbagai agensi kepada rakyat termasuk di luar bandar kerana dapatkan keberhasilan yang baik. Kita akan buat lebih banyak fiesta seperti ini di tempat lain.
"Kita mahu turun ke bawah dan jumpa dengan rakyat sebab pembangkang buat macam-macam tohmahan yang tidak berasas yang mana kita perlu terangkan bahawa apa yang kita lakukan ini adalah untuk rakyat," katanya.
Najib berkata penggunaan perkataan Fiesta yang berasal daripada perkataan Sepanyol bermaksud 'pesta' juga memberi pengertian bahawa program santai itu diadakan untuk rakyat berasa seronok dengan perkhidmatan yang disediakan kerajaan.
Ini selari dengan pengisian program yang berlangsung sehingga petang ini seperti Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) yang membawa perhidmatan kerajaan terus kepada penduduk selain tawaran potongan harga barangan keperluan antara lima hingga 20 peratus, katanya.
Selain itu, Najib berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mempromosikan nombor pendaftaran kenderaan NBOS pada masa akan datang.
Sebelum itu Mohd Irwan Serigar dalam ucapan alu-aluannya berkata program Mobile CTC telah dilaksanakan di 341 kawasan luar bandar seluruh Malaysia yang merupakan satu daripada inisiatif cetusan idea perdana menteri.
"Setiap kali saya berjumpa dengan perdana menteri, banyak idea baharu yang dikeluarkan beliau untuk kemajuan dan kebaikan rakyat termasuk dalam pelaksanaan NBOS kerana beliau mahu himpunkan agensi untuk kemudahan rakyat," katanya.
Sehubungan itu, Mohd Irwan Serigar meminta rakyat untuk tidak mudah mempercayai dakyah pembangkang bahawa kerajaan sedang bankrap yang tidak selari dengan penganjuran program-program berimpak tinggi untuk rakyat.
"Banyak projek sedang dilaksanakan dan banyak juga pelaburan luar negara masuk ke dalam negara kita, ini semua dapat dapat dilakukan kerana negara kita ditadbir dengan baik membolehkan ekonomi terus berkembang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2017
NBOS yang menghimpunkan lebih 80 agensi kerajaan juga bermatlamat sebagai pemecah dinding antara kementerian, jabatan dan agensi yang lazimnya mengamalkan perkhidmatan secara berasingan. - Foto Astro AWANI
18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.
Letusan terakhir 22 tahun lalu
Semua penduduk dinasihatkan untuk memakai pelitup muka kerana debu dan asap dari letusan gunung berapi mampu mengganggu saluran pernafasan.
UNRWA bimbang berlaku penyebaran penyakit di Gaza
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan wujud kebimbangan penyebaran penyakit akibat serangan tanpa henti rejim Zionis di Gaza.
Ops Rentap Trio tumpas geng ragut tumpu lokasi pelancongan
Lima rakan yang menjadi dalang 45 kes samun, ragut dan curi motosikal ditahan melalui beberapa serbuan.
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
'Game changer' akan diumum dalam masa terdekat - KDN
Saifuddin menambah masih banyak ruang yang boleh ditambah baik di pintu-pintu masuk negara khususnya untuk menerima kedatangan para pelancong.
JAKIM buka talian khas terima aduan hina Islam
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam termasuk yang dicetuskan menerusi laman media sosial.
KPM giat atasi isu dibangkitkan laporan bank dunia
Kementerian Pendidikan telah mengambil beberapa langkah untuk mereformasi sistem pendidikan negara, lebih awal daripada laporan Bank Dunia yang menekankan. kekurangannya.
[TERKINI] Tengku Zafrul gagal failkan afidavit kes pengampunan Najib
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal untuk memfailkan afidavit berhubung Titah Adendum berhubung kes pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.