awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program pelupusan kenderaan terbiar diketahui Mac ini

Fareez Azman
Fareez Azman
15/02/2019
00:27 MYT
Program pelupusan kenderaan terbiar diketahui Mac ini
ANTHONY: Kalau kenderaan itu sudah terbengkalai berbulan-bulan maksudnya PBT mempunyai SOP untuk mengambil kenderaan itu dan menyitanya. -Gambar fail
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menjelaskan Program Pelupusan Kenderaan hanya akan diketahui selepas Mesyuarat Majlis Pengangkutan Negara bulan depan.
Jelasnya, ketika ini Kementerian telah meminda Seksyen 66, Seksyen 3, Subseksyen 4A Akta Pengangkutan Jalan 1987 menerusi Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018 dalam membenarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyahdaftarkan kenderaan yang terbiar.
"Memang kita meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan membenarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyahdaftarkan kenderaan terbengkalai dan sebagainya.
''Kita baru dapat proses mengazetkan rang undang-undang itu, 5 Mac depan saya akan mempengerusikan satu Mesyuarat Majlis Pengangkutan Negara di mana pengumuman akan dilaksanakan selepas itu sebelum pertengahan kedua.
"Saya yakin ia boleh dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)," jelas Anthony.
Jelasnya, dalam program itu, PBT mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) tertentu untuk mengambil kenderaan yang terbiar dan menyahdaftarkannya dari JPJ sebelum dilupuskan.
Ia susulan isu kereta terbiar yang menjadi masalah bagi masyarakat terutamanya di kawasan perumahan.
"Kalau kenderaan itu sudah terbengkalai berbulan-bulan, maksudnya PBT mempunyai SOP untuk mengambil kenderaan itu dan menyitanya. Selepas itu mereka (PBT) akan menyahdaftarkan kenderaan itu sebelum dilupuskan.
''Supaya ia (kenderaan terbiar) tidak menjadi isu kepada masyarakat sebab masalah sekarang ini PBT tidak boleh ambil dan lupuskan kereta itu kerana dari sudut undang-undang masih ada pemilik.
"Tetapi itu proses (nyahdaftar) yang kita kena laksanakan sekarang. Apabila boleh dibuat maka PBT boleh melakukannya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual secara eksklusif bersama Astro AWANI pada Khamis.
Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang Undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018.
Ia antara lain bagi memberi kuasa kepada Menteri untuk membangunkan satu kaedah khusus berkenaan pembatalan pendaftaran kenderaan bermotor atas sebab munasabah.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#Astro Awani
#Dewan Rakyat
#JPJ
#Kenderaan Terbiar
#kereta
#lupus
#operasi
#pindaan
#rakyat
#Rang Undang Undang
#SOP
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan