KUALA LUMPUR:Beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak serta Pulau Perhentian dan Redang di Terengganu selain Pulau Tioman di Pahang merupakan antara 137 kawasan pengedaran baharu dikenal pasti bagi pelaksanaan Program Pengedaran Barangan Perlu, Gas Petroleum Cecair (LPG) dan 'Community Drumming' pada tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pertambahan peruntukan kepada RM200 juta untuk program itu tahun ini berbanding RM150 juta pada 2020 membolehkan kementerian memperluas pelaksanaannya ke kawasan baharu yang memerlukan.
Dalam pada itu, beliau berkata pelantikan syarikat transporter (pengangkut) bagi tahun ini akan dilaksana menggunakan prosedur operasi standard (SOP) yang telah diluluskan Kementerian Kewangan.
"SOP tersebut menggariskan tatacara perolehan yang mengambil prinsip tender terbuka yang mana iklan tawaran akan dikeluarkan bagi mempelawa syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berminat untuk memohon sebagai transporter. Proses lantikan dijangka selesai pada April 2021," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, bagi mengelak bekalan daripada terputus sementara menunggu pelantikan syarikat transporter baharu, kementeriannya bersetuju melanjutkan kontrak syarikat transporter sedia ada hingga 30 April ini, serta telah mengeluarkan arahan kepada 151 syarikat terlibat untuk melaksanakan perkhidmatan serta-merta pada 12 Jan lalu.
Nanta berkata kementeriannya memberi jaminan bekalan barangan keperluan akan terus dibekalkan kepada penduduk dengan pelanjutan kontrak syarikat sedia ada berkenaan.
"Kementerian berharap program ini dapat meringankan beban penduduk-penduduk di kawasan pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak mengharungi waktu yang sukar menghadapi pandemik COVID-19," katanya.
Mengulas lanjut, Nanta berkata program yang dilaksanakan sejak 2009 itu telah berjaya membantu masyarakat luar bandar menikmati tujuh barangan asas iaitu beras, gula, tepung, minyak masak, gas LPG, petrol RON95 dan diesel pada harga yang dikawal.
Jelasnya, perkhidmatan pengedaran barang keperluan asas dilaksanakan oleh transporter yang membeli bekalan barang keperluan asas daripada pembekal di bandar, menghantar dan menjual bekalan kepada Point of Sales (POS) atau premis jualan di kawasan pengedaran.
Katanya POS itu seterusnya akan menjual barang keperluan asas kepada penduduk sekitar pada harga yang dikawal.
Nanta berkata sebelum ini penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman terpaksa membayar harga barangan keperluan pada kadar lebih tinggi disebabkan kos pengangkutan dan faktor jarak, selain aspek geografi seperti perlu melalui laluan balak, sungai, jeram, bukit, gunung dan pulau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 14 2021

Nanta berkata, pertambahan peruntukan kepada RM200 juta membolehkan kementerian memperluas pelaksanaannya ke kawasan baharu yang memerlukan.

Bomba selamatkan wanita tersepit kenderaan terlanggar pokok
Sejurus tiba di lokasi kejadian, Perodua Alza yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum melanggar sebatang pokok dan menyebabkan kakinya tersepit.

AWANI Ringkas: Vaksin COVID-19: Negara kaya amal nasionalisme | Chelsea lantik Thomas Tuchel sebagai pengurus

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lepasi 100 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 25.38 juta kes.

AWANI Ringkas: NACSA keluar notis amaran ancaman godam | KKM meterai dokumen perolehan vaksin

Kerajaan perkemas sistem kehadiran penjawat awam
Kerajaan akan memperkemaskan sistem pemeriksaan kehadiran penjawat awam di pejabat kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berterusan berikutan pelaksanaan PKP.

Ekonomi dunia dijangka pulih tahun ini, dimulakan dengan China - APIB
China merekodkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebanyak 6.5 peratus pada suku keempat 2020 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Ketatkan PKP sektor perkilangan dan pembinaan - Gapan
Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu mengetatkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meliputi sektor perkilangan dan pembinaan.

Nelayan dikhuatiri hilang di Pulau Talang
Dua kru warga Myanmar berada di atas kapal tongkang pasir cuba menyelamatkan diri, manakala seorang lagi kru yang juga warga Myanmar berumur lingkungan 40 tahun disyaki hilang.

Maritim rampas bubu naga di perairan Bagan Tiang
Peralatan menangkap ikan yang tidak dilesenkan itu dirampas hasil dari aduan nelayan setempat mengenai aktiviti dilarang tersebut yang berleluasa di kawasan terbabit.

COVID-19: Singapura catat tiga kes positif bagi strain B117
MOH akan memulakan satu operasi khas yang menawarkan ujian saringan kepada kakitangan yang bertugas dari 31 Dis di Lapangan Terbang Jewel Changi dan di kedai serta tempat makan.

Program pengedaran barangan perlu, LPG diperluas ke 137 kawasan baharu
Pertambahan peruntukan kepada RM200 juta untuk program itu tahun ini berbanding RM150 juta pada 2020 membolehkan kementerian memperluas pelaksanaannya ke kawasan baharu yang memerlukan.