Jabatan Imigresen akan menjalankan operasi besar-besaran bermula tengah malam ini bagi menjejak pendatang asing tanpa izin (PATI) dan majikan yang masih menggajikan PATI selepas tamatnya Program Penghantaran Pulang PATI Secara Sukarela (3+1) hari ini.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata jabatannya telah berkali-kali menegaskan program itu tidak akan disambung selepas 30 Ogos 2018 dan mereka yang masih berdegil akan dikenakan tindakan undang-undang.
"Masyarakat lemas dengan keberadaan warga asing yang terlalu ramai sehingga memberikan satu sosio-budaya berbeza contohnya dalam soal kebersihan dan tempat-tempat tertentu didominasi golongan ini.
"Sebab itu dengan semangat Hari Kebangsaan esok, Imigresen akan merdekakan negara kita daripada PATI," katanya pada sidang media selepas perhimpunan bulanan jabatan itu, di sini hari ini.
Menurutnya, sejak 1 Jan hingga Selasa lepas (28 Ogos), seramai 181,529 PATI telah mendaftar dan pulang ke negara asal menerusi Program 3+1.
Daripada jumlah itu, Mustafar berkata seramai 102,904 PATI melakukan kesalahan tinggal lebih masa manakala 78,625 pula tiada pas atau permit yang sah.
Katanya ketika ini terdapat kira-kira 1.74 juta pekerja asing berdaftar secara sah di negara ini, namun adalah sukar untuk menganggarkan jumlah PATI yang bekerja secara haram.
Beliau berkata Jabatan Imigresen telah menjalankan 9,449 operasi di seluruh negara sejak 1 Jan hingga semalam dan menahan seramai 29,040 PATI serta 879 majikan.
Katanya tangkapan tertinggi melibatkan warga Indonesia iaitu 9,759 orang, Bangladesh (5,959), Filipina (2,820), Myanmar (2,715) dan bakinya dari negara lain.
Jabatan Imigresen turut mempercepatkan proses pendakwaan dan pengusiran tahanan supaya tidak melebihi kapasiti depot tahanan dengan 30,122 daripadanya telah diusir ke negara asal sepanjang tahun ini hingga Selasa lepas.
Dalam pada itu, Mustafar berkata bagi mengurangkan risiko potensi pelawat asing bertukar status menjadi PATI, seramai 43,429 pelawat asing telah ditolak kemasukan (NTL) sepanjang tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 30 2018
Mustafar (kanan) bersama Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Shahril Ismail melihat kandungan buku 'Corpora Delicti' yang diterima beliau pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Imigresen hari ini. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pengadil badminton BWF meninggal dunia ketika bertugas
Pengadil badminton pertama Bangladesh di pentas global, Nazib Ismail Russell, meninggal dunia ketika menyelia kejohanan badminton antarabangsa di Guwahati, India.
Piala Remaja Asia: Young Tigers terikat 2-2 lawan Bangladesh
Young Tigers mulakan saingan dengan langkah kanan apabila Muhammad Danish Danial mencipta jaringan menerusi gol padang pada minit kedua.
MSF gesa bantuan dan perlindungan tanpa halangan untuk pelarian Rohingya di Bangladesh
MSF gesa pihak berkuasa Bangladesh memastikan akses segera dan tanpa halangan kepada bantuan kemanusiaan, penjagaan dan perlindungan untuk semua pelarian Rohingya.
KDN sahkan terima permohonan Bangladesh untuk tahan pengasas Bestinet
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan telah menerima permohonan daripada Bangladesh yang meminta Malaysia menahan pengasas Bestinet Aminul Islam Abdul Nor dan rakannya Ruhul Amin.
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh keluar waran tangkap terhadap bekas PM Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas perdana menteri Sheikh Hasina atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan.
Lawatan rasmi: Anwar tiba di Bangladesh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dhaka untuk lawatan rasmi bagi membuka laluan kepada hubungan lebih erat antara Malaysia dan Bangladesh.
PM Anwar akan diberi penghormatan rasmi di lapangan terbang Dhaka
Ketibaan beliau akan disambut Penasihat Utama Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus pada 2.30 petang (4.30 petang waktu Malaysia).
PM Anwar dijadual ke Dhaka untuk tingkatkan hubungan dengan Bangladesh
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan singkat ke Bangladesh pada 4 Okt.
Bangladesh hantar bantahan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri India
Kementerian Luar Bangladesh mengemukakan bantahan keras terhadap kenyataan Shah yang disifatkan sebagai "sangat tidak dapat diterima".
Dua rakyat Malaysia bebas selepas jalani hukuman penjara di Bangladesh
Kementerian Luar Negeri Malaysia mengesahkan dua warganegara Malaysia dibebaskan berikutan perintah Mahkamah Bangladesh selepas selesai menjalani hukuman kerana menyeludup emas ke Bangladesh.